Make Believe

Posts tagged “Politeknik Muadzam Shah

Perhimpunan Bulanan Kakitangan Politeknik Muadzam Shah April 2011

Hai Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

22 April 2011 – Berjumpa lagi di lembaran baru theinformations dalam episod pada kali ini adalah..Perhimpunan Bulanan Kakitangan PMS yang telah dianjurkan dengan jayanya oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer bertempat di Dewan Kuliah Utama 1 yang indah ithoooo…Seperti biasa tentatif perjalanan majlis adalah sama dengan mana-mana perhimpunan bulanan kakitangan sebelum-sebelum ini..namun pada kali ini agak berlainan sedikit kerana PBKPMS kali ini dimulai dengan sedikit perkongsian maklumat, informasi dan idea dari Pegawai Unit Penyelidikan dan Inovasi..

Secara ringkasnya beliau memperihalkan tentang perlunya innovation dan pelbagai lagi sudut pandang dan sumbang saran yang begitu menarik..kemudian terdapatnya cadangan untuk membentuk satu ruangan untuk di bukukan yang akan mengandungi pelbagai maklumat menarik seperti cerpen, puzzle dan macam-macam lagi karya berbentuk research serta perkongsian pengetahuan dan ilmu..mengikut dari apa yang disampaikan tadi..ianya akan diberi judul “Digest”..dan setiap muka surat pada halaman digest berkenaan adalah berwarna..

BUkan untuk menghentam sesiapa pun namun..pelbagai bentuk perkongsian Ilmu yang telah aku laksanakan, design sendiri, jadi editor sendiri tidak mendapat 1 persetujuan untuk menerbitkan hasil kerja aku hatta yang tak berwarna sekalipun..aku x pernah mintak untuk dipuji namun aku buat buletin dengan menganggap ianya bukan 1 karya yang boleh dianggap membazir..walhal kesemua isi kandungan karya berkenaan (buletin) secara keseluruhannya berlandaskan  corat-coret, bangun hidupnya Politeknik Muadzam Shah..mungkin ada juga betulnya apa yang telah dikatakan oleh segelintir pendapat..ianya boleh dilaksanakan dengan syarat ianya tidak dibuang sepertimana apa yang telah berlaku ke atas Cakna Ilmu..2 bulan sebelum bulan ini..penerbitan Cakna Ilmu rancak dijalankan..sehingga kini ianya sudah menjangkau usia 25 keluaran..dan kini selepas diteliti semuala..ianya dibekukan..bukan dibekukan untuk percetakan..tapi penggunaan kertas untuk tujuan percetakan dan penerbitan bukan lagi pilihan utama bagi golongan professional PMS..mereka lebih mengutamakan penggunaan slogan “go green” sperti yang telah disampaikan oleh Pengarah PMS sebentar tadi..

Berkait dengan itu, Buletin Info-lib tak sempat untuk dilaksanakan penerbitannya atas beberapa faktor yang tidak memungkinnya untuk menjadi kenyataan..kecewa memanglah kecewa..namun keputusan dibuat berdasarkan peratusan kebarangkalian ianya (buletin) akan diterima tanpa berlakunya pembaziran..dan keputusan itu aku boleh terima atas sebab-sebab alasan yang diberikan sangat sukar untuk disangkal akan kebenarannya..mengambil apa yang dikatakan pengarah: kalau kita buat macam mana pun cantik pamplet atau buletin..tapi kalau dah hati manusia itu kata ianya tidak bermaklumat dan tidak ingin membacanya walhal kandungannya begitu bermakna dan penting sebagai informasi..benda itu xkan berjaya mengubah hati manusia dari membuang, membiarkan pamplet dan karya-karya tersebut ke dalam tong sampah atau di atas meja”  Maka disinilah berlakunya pembaziran..tidak kurang juga yang memberikan pendapat dengan menggunakan email rasmi politeknik sebagai medium penerbitan dan penyiaran karya-karya seperti buletin..namun adakah ianya berhasil?berapa ramai yang akan bukak email setiap hari dan kemudiannya membaca buletin itu?setiap hari kita mendengar rungutan dari penjawat awam yang berkata, “macam mana nak bukak email..nak login pun xboleh (sambil menyalahkan masalah internet yang xpernah selesai)..kalau itulah cadangannya “go green” xkan pernah berjaya..ada juga yang menyatakan pendapat dengan mencadangkan ianya perlu di “publish” kan kat Laman Web rasmi politeknik..aku nak tanya pendapat korang semua lah..adakah laman web http://www.polimuadzam.edu.my/ menarik?dan sejauh mana ianya boleh menarik minat anda untuk membaca makumat didalamnya?mesti anda akan kata oh tidak..oh god..or whatever..

Namun begitu, adakah digest yang akan dilaksanakan penerbitannya tidak akan dipandang serong oleh orang-orang yang telah berkarya selama ini namun ianya tidak diterbitkan?adakah ianya tidak membazir dengan adanya halaman berwarna? Lupakanlah itu semua Azri..ko tu hanya kakitangan pelaksana..bukannya pemutus kata..aku redha..

Berbalik kepada PBKPMS..pelbagai adegan-adegan dan panorama menarik menghiasi majlis pada petang tadi..antaranya adalah..wah sekarang majlis PBKPMS dah ada anugerah tau..anugerah kakitangan cemerlang bulanan gehtoooo..heyyvattt..dan pada bulan ini pemenangnya adalah..Tn. Hj. Abdullah Azraai bin Hasan dan En. Jumari bin Hj. Parjo..tahniah kepada para pemenang..dan yang sangat2 “best”nyerrr hadiah untuk meraikan hari kelahiran kakitangan dah berubah laaa..kalau dulu hadiahnya adalah set cawan yang sangat “chanteQ” itew..kini dah bertukar wajah…LILIN gehtoooo..sangat “chanteQ” sekurang-kurangnya xde la staf yang dah duk kat PMS ni selama 10 tahun dapat hadiah set cawan yang sangan “mahal” tu berulangkali..mintak maaf yerrr PKPMS..saje jewww..tahniah atas perubahan yang anda lakukan..dan semoga makin ramai staf yang akan bayar yuran PKPMS yang sangat “Mahal” itu iaitu sebanyak RM3.00 sebulan..”mahal” sangat kan sampai ada orang yang xmampu bayar tapi mampu beli rokok yang berharga lebih RM10.00 sekotak..

Oklah setakat itu jelah aku nak kongsikan..nanti aku uploadkan gambar k..xsempat lahhh…sorilaa dari awal tadi ayat skema jorhhh..tapi dah penghujung ni kan hagaq keji sikit ayatnyerrr…ok babai sume..enjoyyy!!!!!

Advertisements

Kursus E-sis Siri 2

21 April 2011 (0845hrs)

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..dan Salam sejahtera..


Khusyuknyerrr..kecuali Yazid Yahya yang Photogedik

Berjumpa lagi kita dalam episod baru theinformations..dan kali ini aku nak mencarut sikit sal kursus yang akan aku hadiri sebentar sahaja lagi..dan kursus yang aku maksudkan adalah kursus e-sis..aku sebenarnya xtau kenapa kerajaan ataupun pihak Politeknik mengadakan dan menganjurkan kursus ini..adakah ianya perlu?adakah mengendalikan e-sis itu sendiri satu benda yang payah untuk dilakukan?atau terdapat banyak aplikasi dalam e-sis yang menyebabkan penjawat awam tidak mampu untuk mengendalikan e-sis dengan berkesan?atau adakah ianya sekadar untuk mengisi kekosongan kursus yang dialami segelintir penjawat awam?mungkin betul sbb aku pon belum menghadiri 1 kursus sejak 2011 membuka lembaran baru..tapi dimanakah rasionalnya kursus ini dianjurkan..

Set-set Technician yang kacak-kacak dan tampan-tampan gehtooo

Xpe mungkin masa kursus nanti aku akan didedahkan akan kepentingan kursus ini..cuma aku masih keliru dengan sistem pengiraan kursus sekarang..sebagai contoh..kalaulah kursus e-sis ini berlangsung dalam tempoh yang singkat..contoh:- kursus bermula pada pukul 9am..kemudiannya berakhir pada pukul 11am/12pm..adakah ianya dikira sehari berkursus walapun kursus itu hanya berlangsung selama 3 jam?dan setahu akula syarat kursus adalah dari pukul 8am-5pm..anda pasti bersetuju dengan aku kan?

Ade yang khusyuk ada yang Photogedik

Oklah sidang pembaca yang dihormati..aku stop kat sini dulu..aku nak masuk kursus..jam pun dah 0852hrs..so aku nak tgk dulu ape yang ada dalam Kursus E-sis Siri 2 ni..aku amik gambar kemudian updatekan blog dibawah tajuk ini…

————————>>>>>

In the middle of E-sis..

Seperti yang aku sangka..kursus ni bukan untuk mengajar apakah itu e-sis..tapi lebih kepada penggunaan e-sis sebenarnya..dan aku rasa kursus ini akan siap/selesai dalam tempoh yang amat singkat..

The tutorial:-

1. Login

2. Tettttttttttttttt…seperti biasa internet yang penuh dengan “kelajuan supersonik” ini begaytohhhhhh “membantu” sesunguttttt!!!

3. Seperti biasa penceramah “mencharowtttt” (benda yang baik tapi org xdengar) kat depan..sambil menghapdet blog..aku mengerling ke arah beberapa orang staff yang sepertinya amat2 x brape nak suka untuk masuk kursus ni..ade yang gerak sana-sini macam aku..sbb ade staff yang “amat” mengetahui hal-hal PC..so org tu sangat perlu dibantu..

4. Wah soalan yang aku utarakan smalam untuk Pembantu Tadbir..so pagi ni dia terus bagi respon..biasalah takut kang kene marah pula sbb xjawab soalan kan..seb baek aku x hantar soalan ke Pengarah..kalau x mampos aku kene charottt nanti…ape pun Kak Samsida(penceramah 1) dah bagi sedikit penjelasan akan masalah yang telah aku kemukakan semalam..

5. Seperti biasa (aku suka guna perkataan ini sbb ia amat hanjeng sangat) internet kat Politeknik Muadzam Shah slow..bukan untuk menhentam sesape..tapi bila internet slow kerja yang nak dibuat pun xleh..kekadang ianya boleh menyumbang kepada merudumnya mood seseorang..macam skg ni..Kursus E-sis..wat pengetahuan pembaca kursus ni memerlukan internet yerrrr..diulangi memerlukan INTERNET yerrrr..so kalau nak masuk e-sis pown payah..berjaya x kursus ni eh???

6. Hampir sejam kursus berlalu..mula-mula aku nak wat tutorial..pastu atas sebab-sebab internet yang sangat “laju” belum tekan dah pegi..menyebabkan tutorial yang aku nak wat ni xjadi macam tutorial..so aku mencharowtt jelaaa..

Borak sajooooorrrr

7. Seperti biasa jugak tetttt..ramai yang bukak facebook time kursus..dah aku rasa bukak facebook lagi laju dari bukak e-sis..tapi kan..kalau difikarkan secara logik..kalau ramai yang bukak FB musti salah 1 sebab e-sis jadi lombab kan?..aku masih bertahan xbukak FB atas sebab-sebab BERINTEGRITI (integriti lah sangat)..padahal kat henpon HTC HD7 aku tu sepanjang hari online FB cuma aku x bukaklaaa jugak atas sebab-sebab INTEGRITI katenyerrrr…

8. Kesian kat orang lain..masuk kursus ada yg xkenal ape itu internet explorer ataupun Mozilla Firefox…kesian sangatzzz…ade yang xtau pon nak bukak ie..terpaksalah aku berlenggang ke sana-sini untuk menunjuk kat orang-orang yang “sangat pandai” iteww..macam kawan aku kat depan ni..bila “hang” je pc tu panggil aku..ntah mende lah yang dibuatnya kat pc tu sampai “hang”..

9. Heyyyy tadi penceramah baca lah blog aku ni..takowttttnyer aku…kang dia marah pla aku “mengumpat benda baik” kat dia..tapi aku dah cakaplah kat dia dan gtau yang aku memang suka gunakan perkataan mencarut iteww..harap-harap hakaq Samsida Azila faham yerrrr…dia cakap..blog leh cakap ape jew ikottt suke hati so aku dengan baik sangka menharapkan dia xberasa hatilaaaa kernnn..

10. Laaaaaa aku ingatkan kursus yang dah masuk sejam ni dah habis..rupanya xhabis lagi..Pn. Sarawati binti Ahmad pula yang nak sambung..sape xkenal Pn. Sara?isteri henchik Muhammad Rafie bin Hamzah lorhhh..kejap lagi dia akan sambung wat latihan utk kursus ni..wat masa ni sume orang “take 5” sendiri…

11. Still waiting………….dah makin ramai dah staff yang bukak facebook..take 5 dah jadi take 10 to take 20..macam2 betol lah..

12. Now Pn. Sarawati taking the 2nd slot…vollehhhhlaaaaa..penjelasannya agak jelas, kemas dan staf yang berkursus pon agak “bersemangat” sesungut…

“OK KEJAP YER NAK MENCELAH..PADA ORANG YANG MENJADI SPY PADA ORANG YANG KEJI..AKU MENGUPDATE BLOG BUKAN GUNAKAN PROXY ATAU INTERNET POLI..AKU MENGGUNAKAN DUIT AKU SENDIRI DAN BROADBAND AKU”

..so pada spy yang akan mengupdate status aku ni kepada orang yang keji tu..silakan lah yerrr jadi hamba abdinya..

13. Back to work..Wah satu lagi berita yang aku dah lama tau cuma confirmation xdpt adalah..Perhimpunan Bulanan adalah dikira sebagai berkursus atas sebab-sebab bermula pada tahun ni sume penjawat awaw perlu menghadiri 10 hari berkursus untuk mencapai keperluan berkursus setahun..berbalik kepada Perhimpunan Bulanan..setiap PB yang dihadiri bersamaan 1 jam..so untuk dapatkan sehari berkursus perlu menghadiri 6 kali PB..so setakat ni dah masuk bulan April bermakna ada 2 kali lagi PB yang perlu dihadiri utk mendapatkan 1 hari berkursus..untuk itu, jumlah berkursus aku setakat ini 1 hari..kena tgu sampai bulan June baru dapat 2 hari berkursus..

Me! of cos gehtoooo

14. For the 1st time..aku merupakan manusia yang pertama menanyakan soalan dalam Kursus E-sis ni..well the questions sound like this..“saya dah mohon beberapa kursus melalui SILAT (Kursus KPTM) so sampai sekarang masih belum berjaya untuk menghadiri salah satu kursus yang ditawarkan..Apakah kemungkinan dan kebarangkalian untuk berjaya dalam permohonan itew?”

The answers a bit too long..tapi aku rasa aku faham kowttttt..

15. Terminated!!!!

Sebelom makan kenelah lepak-lepak dulu | padahal menunggu pembekal makanan xsampai lagi

Well the E-sis just successfully terminated..so, time to eat gehtoooo..sempat je aku nak menghambek gambar kan..nak update blog punyer pasal mustilah aku kene amik gamvar vevanyakkk..Aku ingat xnak makan nasi tapi sbb sedap punyer pasal tpksa tolak kemahuan itew..tadi makan Nasi Tomato ngan air Sarsi kowt..aku bab mengenal pasti jenis makanan memang “fel” so korang anggap je betol yer..Tadi makan ngan Yazid Yahya, Fazleen Manjer, Backstreet Back dan ramai lagi..moteppp aku nak letak sume nama..

Hamvoihhhh Backstreet Back aka Dwayne Johnson aka The Rock ngah memilih ke?nak cari tapau warna pink ke?

Selesai je sesi mencekik ni..maka berakhirlah sudah Kursus E-sis siri 2 yang sangan “mencabar” ini..tak penah aku masuk kursus secepat ini..ingatkan sampai kul 5pm..sbb dalam memo bukan main gempaQ gehtooo..rupanya sampai kul 11 jorhhh..ape pown thanks to Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) kerana telah berjaya menganjurkan Kursus yang penuh dengan input dan maklumat serta informasi yang berguna..diharapkan aku akan dapat lebih banyak kursus lagi selepas ini..supaya target nak capai 10 hari berkursus disamping menimba pengetahuan dan pengalaman..


Sekali lagi..

20 April 2011 – Alhamdulillah setelah beberapa hari asyik panas terik jorhhh akhirnya hujan turun jugak..tapi itu semua berlaku beberapa hari yang lepas..sekarang?selepas aku jadi mangsa ribu taufan (ributlah sangat) isnin lepas..keadaan cuaca begitu tak menentu..pagi tadi panas terik, ptg ni dah hujan ngan lebatnya..dah la ngan ribut petir, guntur pown ada..yang aku risau ni ASTRO kat umah, plug xcabut..kang kene cam hari tu ASTRO meletup..maksud aku dekoder ASTRO tu..harap-harap xde papelah kan..

Setelah anda didedahkan dengan cerita sal banjir ni kat blog henchik Yazid Yahya (The Dream Yard) itu pown kalau baca lah..so aku pown nak kongsi jugaklah kat korang sume..bukan JPA jer yang dilanda banjir..library pown kene jugaklaa..ce tengok..ce tengok gambar ni k..pas ni musti pelabuhan besar kat ULPL tu tarhangkowt dan tertonggeng terbalik macam dilanda tsunami..jap lagi hakoo g tgok..pastu amik gambar..leh masuk dalam blog..


HDR Again (The picture of Trip to Gunung Tahan)

Setelah beberapa kali membuat dan mengedit  gambar-gambar dalam bentuk HDR..kini aku kembali dengan gambar-gambar edit yang baru..Untuk pengetahuan para pembaca gambar yang diambil merupakan gambar bilamana Politeknik Muadzam Shah menganjurkan pendakian Kuala Tahan yang dianggap lebih mencabar, memeritkan dan meletihkan berbanding dengan mendaki Gunung Kinabalu..

Ini berdasarkan kepada pengamatan, kajian serta kaji selidik yang telah dijalankan..rata-rata peserta yang telah mendaki  Gunung  Tahan dan Gunung Kinabalu lebih gemar memilih Gunung Kinabalu sekiranya mereka diberi pilihan antara keduanya..penulis (aku) juga beranggapan bahawa mendaki Gunung Tahan lebih kepada suatu penyeksaan terhadap peserta..

Perjalanan ke kem yang pertama mengambil masa sehingga 6-8 jam..itupun kem pertama yang dimaksudkan merupakan kaki Gunung Tahan..nak menuju ke kem pertama pelbagai rintangan harus ditempuhi..pendek kata..mak aiihhh..kalau ada orang offer sejuta aku akan pertimbangkan..tapi kalau nak pegi saje-saje..mintak maaf..aku xkan pegi dah Gunung Tahan tu..taubat x pegi..sampai je ke kem yang pertama..aku dan beberapa krew serta peserta ekspedisi yang lain terus makan dan kemudiannya membuat khemah dan bermalam disitu..

Keesokkan paginya, kumpulan pendakian yang kedua mengambil tempat untuk memulakan perjalanan ke kem yang pertama..kumpulan dan krew kami (kumpulan pertama) sudah memulakan pendakian terus ke kem kedua dan kem ke 3..difahamkan mereka sampai ke kem ke 3 pada pukul 8 malam..dah lah hujan pula tu..memang salute kat dorg..orangnye rendah..tapi beg yang disandang melebihi ketinggian mereka..nilai angkatan pula, mmm tok sah tanya laa berapa kg…apapun tahniah kepada kumpulan yang pertama yang telah Berjaya sampai ke kem 3dan seterusnya ke puncak Gunung Tahan..


Untuk pengetahuan pembaca, Gunung tahan x lah tinggi mana pun kalau dibandingkan dengan Gunung Kinabalu yang lebih berprestij dang ah sebagai Gunung tertinggi di Asia Tengagra..namun perjalanannya begitu mencabar dan mebuatkan peserta tidak mampu untuk mendaki..berhenti rehat 30 minit tapi mendaki 10 minit kemudian berehat..

1 lagi musuh pendaki adalah pacat..hahahaha..kesian pacat disalahkan..tapi itulah hakikatnya..merimaskan..nyamuk?mintak maaf nyamuk xde kat tempat2 sejuk yerr..1 lagi musuh pendaki adalah cuaca sejuk dan hujan..aku masa kat sana, aku ingatkan kem pertama tu x sejuk sekali sampai..malam nak tido tu..perghhhhh sejokkk siotttt..xleh nak tido..sejuk giler2..cuba anda bayangkan sejuk x kalau berada di kem 2 dan kem 3 dan seterusnya ke puncak?sejuk gilerrr woooo..masak air selama 5-10 minit..dah siap bancuh milo..xsampai 30 saat milo tu dah jadi milo ais..

Dipendekkan cerita..sume peserta sampai ke kem 3 termasuklah aku..kem yang terakhir sebelum meneruskan perjalanan ke puncak esoknnya..keesokan paginya, kami memulakan pendakian ke puncak Gunung Tahan dan kami diminta untuk cepat turun kerana selepas itu kami akan meneruskan perjalanan kembali ke kem yang pertama..1 benda yang aku nak kongsikan kepada pembaca..jangan sekali-kali meninggalkan kumpulan anda..dan jangan bercakap benda tak baik di dalam hutan atau kat mane-mane pun..

Mungkin nasib aku baik..Allah s.w.t memanjangkan umur aku dan memberi petunjuk kepada aku untuk kembali bertemu dengan kumpulan aku setelah aku tertinggal jauh ke belakang..tinggallah aku sorang-sorang meredah belantara..dengan tenaga yang tinggal aku memanggil kawan-kawan yang lain..namun tidak ada jawapan..masa tu Allah je yang tahu perasaan aku..aku berusaha mencari petunjuk dan sungai supaya aku boleh mencari jalan keluar..dengan petunjuk yang Allah berikan..akhirnya aku bertemu dengan sungai..masa tu dah hampir maghrib..dan aku sampai ke kem yang pertama..yeahhhhhh!!!

Oklah cukup setakat ni jelaaaa…sebarang grammar BM yang salah harap dimaafkan yerrr..


Terperangkap dalam kehujanan

Diketika para aku menulis post ini, aku berada dalam kereta..ini disebabkan aku terperangkap dalam kehujanan yang amat lebat ini..dah siap punch card td..hujan turun ngan begitu lebatnyer..aku yang dah touch-up bg comei2 dan smart2 vagaih dah hilang keserian dah akibat hujan..basah kuyup gehtoo..ada payung tp nampaknya payung ni xmampu utk menampung hujan selebat dan seberat ini..di seberang jalan sana ku lihat beberapa org staff berlari2 mencari tempat berlindung..mmm cam mano nok buek ni..seb baek dah punch card kalau x mampuih masuk kul 8am..

Nampak cam hujan ni xbagi aku peluang je nak keluar dari kete ni..lebat semacam jew..ok lah kengkawan..aku redah jela hujan ni..basah pon basahla…bukan ada awek pon nak tgk duk dlm pjabat..

Akibatnyer!!!aku dah basah kuyup..dari atas ke bawah sume basah..kejilaaa…menyesal pla aku redah hujan tu tadi..kejap lagi nak balik umah laa nak g tukar seluar..ahhh lantaklah kene marah ke hape..cam mano nak keje..sluar basah..nak duduk pun xleh..

Posted from WordPress for Windows Phone


HDR again..

Kete aku|Belakang Perpustakaan|Pusat Islam (Before HDR)

Hari tu saje je amik gambar kat pejabat..pas angkat-angkat barang Pusat Islam aku amik gambar..so aku gunakanlah henpon HTC HD7..pastu aku pown amik gambar tu dan edit dan jadikan image tu dalam bentuk HDR..hasilnya agak menarik pada aku dan beberapa kawan2 yang lain..orang lain tak tau la macam mana..Haaaa kalau nak tau cam mano perbezaan HDR ngan original Image..moh kite tgok ni..gambar sebelah atas merupakan gambar original..dan gambar kat bawah pula adalah gambar after effect..HDR..so kalau sesape yang berminat nag belajar wat gambar HDR image..leh la subscribe blog aku ni dan kalau ada permintaan aku akan uploadkan cara-cara nak wat HDR..HDR skg x compilcated macam dolu-dolu..skg mudah jew..xpayah nak cantum software banyak2..skg ngan menggunakan Photoshop dan plug-in tertentu..anda sudah leh wat HDR image..

Kete aku|Belakang Perpustakaan|Pusat Islam (HDR Image)

Ni lagi 1 gambar aku dah wat HDR..gambar ni gambar kawan en Yazid bin Yahya aka Yazidy Evangelien katenyer..dia ni kalau bab bergambar memang No. 1..tu yang macam over sangatzz jew tu..padahal yang birthdaynyerr orang lain..dahla over amik gambar..kuat makan pla tu..hahahaha..tambah-tambah makan Nasi Ayam Gemas..perghhhh..

Yazidy Evangelien sebelum dan selepas


HDR | Aku dah semakin “addict” ngan HDR

Kepada sesape yang tak tau ape tu HDR..kome masuk kat wikipedia dan tgok maklumat tentang HDR ni k..High Dynamic Range Imaging

Kalau dah faham..leh lah baca blog aku pula..sebenarnya teknik ni dah lama wujud di dunia ni..cumanya aku baru membiasakan diri ngan HDR ni sejak setahun yang lepas sehinggalah sekarang..puas aku mencari ke sana sini software dan application untuk di installkan ke PC aku supaya aku leh membuat teknik imejan yang berkualiti..akhirnya dah dapat dah software tu..seperti biasa aku menggunakan “kemahiran” aku mencari software2 “pirate”..aku x lah menyokong “piracy”..cuma aku xmampu nak beli yang original..bapok mahei..

Pusat Islam Politeknik Muadzam Shah

Semalam aku dah buat 1 imejan HDR yang vollehlaaa..x chanteq pown tapi boleh la kalau nak tgk dan puaskan hati sendiri..nak puaskan hati orang payah..sbb kang kalau tunjuk gambar tu banyak pla komen vagaihhhh..takpelah aku upload lah juga gambar tu sebagai 1 perkongsian ilmu..bagi sesiapa yang berminat nak berkecimpung dalam ke ‘HDR’ an ni..anda dinasihatkan supaya menggunakan PC yang mempunyai sekurang2nya 1-2gb Ram dan processors yang latest serta mempunyai graphic card..kalau anda xmempunyai minimum requirement..mintak maaf sangat2..PC anda akan menjadi begitu berat “sesungutttt”..bukan nak ckp besar laaa..tapi sebagai perkongsian ilmu aku perlu bagi tau..aku pernah membuat 1 design..cover untuk Annual Report Politeknik Muadzam Shah..1 file mengambil masa seminggu atau lebih nak siapkan..kalau nak touch up memg akan mengambil masa yang agak lama lah..1 file bersize 400mb++..mula-mula aku pown terkejut jugak sampai file besar camtu..PC aku hampir2 “hang”..seb baek leh control..itu PC aku yang 2gb ram..kalau 1gb ram atau kurang..mintak maaf sesangat..anda tak boleh buat design apatah lagi HDR..

Aku masa kat Melaka|Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008

HDR kalau nak touch up gambar..dah amik 30mb paling kurang..kecuali set resolution bawah 100..Oklah malas lah aku nak cakap panjang lebar..korang tgok jela gambar yang aku dah siapkan ni k..kalau korang nak aku touch up kan gambar korag..kontek lorhhh aku k..

Suatu ketika di kampung halamanku|Thanks to Azmil Abd. Rajid for taking this great panorama using Sony Erricson Satio

 


Ringkasan Keje

Alhamdulillah..keje hari ni selesai..cuma aku lupa nak siapkan laporan untuk Langganan Suratkhabar Politeknik Muadzam Shah..LO pun lupa nak siapkan..permohonan pun lupa nak siapkan..bukan ape..hari ni Jabatan Pengajian Am datang library mintak meja,rak buku dan Al-Quran untuk diletakkan di Pusat Islam..so sibuk sikit..sume keje xdapat disiapkan..pembekal buku pown ada datang jugak..akibatnya aku rehat kul 2.30pm..

Walaupun xbanyak aku angkat tp tu dah cukup wat aku letih dan lemah..aku trus ajak kawan g minum petang..thanks to Yazid Yahya sbb temankan aku g minum..kyg rasanya makan jemput pisang..kan bagus kalau amalkan makan macam tu hari-hari..mesti kosong perut aku..dan ringan..barulah diet aku berjaya..xsabar rasanya nak kurus vagaihhhh..

Oklah takat tu jela aku nak kongsikan wat masa ni..kejap2 lagi kang aku updatekan blog aku ni…aku lupe lah pulak amik gambar angkat kotak dan rak buku smalam..kalau x leh letak dalam blog aku ni…xpe pas ni leh lah aku amik gambar vevanyakkk gehtoooo..

 


Majlis Konvokesyen Politeknik Muadzam Shah Kali Ke-6 (Versi 2)

Tanggal 23hb Mac 2001 merupakan tarikh bersejarah bagi Politeknik Muadzam Shah yang meraikan graduan-graduan politeknik dalam sebuah Majlis Konvokesyen Politeknik Muadzam Shah kali ke-6. Aku merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Induk yang bertugas pada masa itu. Pertamanya sebelum aku mengulas dengan lebih panjang mengenai MKPMS Versi 2 ini. Aku ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada semua graduan-graduan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.. semoga mereka akan lebih berjaya di luar sana..

Pada tahun ini, aku ditugaskan untuk mengetuai AJK Persembahan di samping En Yazid sebagai PA aku..Alhamdulillah selepas 4 tahun aku kembali menjadi pengacara majlis konvokesyen setelah sekian lama “dilucutkan” jawatan..terima kasih Jawatankuasa Konvokesyen PMS kerana memberi aku peluang yang telah lama ku nantikan..kejinyerr ayat skema ni…

Bermula dengan perarakan masuk ke dewan kemudiannya disusuli Perarakan Istiadat Konvokesyen majlis berjalan dengan penuh istiadat dan formalnya..aku menanti dengan penuh sabar untuk aku melunaskan “kerinduan” aku kepada aturcara tadbir yang bakal aku ungkapkan bait katanya satu persatu..Sesudah Istiadat selesai maka Nyanyian lagu-lagu patriotik mengambil tempat..Sesudah itu, majlis kemudiannya menjemput Ustaz Mohd. Taha bin Rulam Ahmad bagi memimpin bacaan doa agar majlis berjalan dan diredhai Allah s.w.t..

Dipendekkan cerita, kini tiba waktu untuk ku melawan segala kegemuruhan yang telah lama aku x rasakan..tapi kan..ape yang aku ungkapkan itu xlah mencabar sangat..baca nama je pownnn..walaubagaimanapun kadang-kadang dek kerana kegopohan biasanya kita juga akan “tershashull”..kernnnn?namun semuanya berjalan dengan lancar..tiba pula Pn. Azalila binti Shahdan mengambil tempat..volleh tahannn..hehehe..selesai para graduan menerima sijil kini tiba pula 1 lagi acara yang membangkitkan semangat bercampur gemuruh dan ketidakstabilan hormon dalam badan..namun aku buat macam aku ni dah professional..biasanya orang yang xbiasa dengan sesuatu perkara khususnya berhadapan dengan penonton..orang itu pasti akan ke tandas beberapa kali bagi menghilangkan kegugupannya..aku?gugup, gemuruh namun aku cuba atasinya dengan mengawal emosi dan pengalaman yang ada..Akhirnya turn aku nak buat persembahan dah tiba..Thanks tu “someone” (yg berlagak cam artis tu) sbb dah buatkan sesuatu yang amat aku perlukan dalam Majlis se “Grand” ini..Memulakan persembahan dengan nyanyian Menghilir di Sungai Pahang ku laksanakan dengan penuh teratur dan tertib..majlis formal lah katakan..segala alunan dan sukukata aku alunkan denga penuh cermat dan sesuai dengan lenggoknya..time aku nyanyi tu aku sempat mengerling ke arah penonton..kekadang aku jadi down bilamana penonton x tgok aku menyanyi..tapi penonton buat hal lain..namun tanggapan itu berjaya ku hapuskan..penonton begitu khusyuk mendengar setiap bait-bait lagu yang ku nyanyikan..Lagu kedua adalah Makwe Koi..sekali lagu aku mengerling ke arah penonton yang hadir..wahhh sambutan menggalakkan..siap ada ibu bapa yang nari-nari lagi cumanya x berdiri dan menari..”duduk sambil menari” ehhhh ade ke istilah tu?..ah lantaklah…

Habis je majlis ibu bapa yang sempat bertemu dengan aku mengucapkan tahniah atas persembahan yang begitu menghiburkan..ketenyerrrrr..Aku pown ngan merendah diri..mengucapkan terima kasih atas pujian itu..merendah diri kewww???

 


Urine Test

Dapat memo kononnyer ada perjumpaan staff dengan Pengarah PMS pada 30 Mac 2011 iaitu pada hari ini..dah lah tergesa-gesa nak pegi “perjumpaan” tu..sekali sampai Pengarah dan TP xde..walaupun dalam memo tu ada perjumpaan dengan Pengarah..masa dalam Dewan Utama PMS tu heboh sal Urine Test dan bukannya perjumpaan spt yang dimaksudkan..

Nak dijadikan cerita ini kali kedua aku kene urine test..kali pertama kne ambush kat umah..polis Daerah Rompin datang ngan agak kurang hajor ketuk2 pintu rumah dan masuk dalam rumah dengan berkasut..dah lah masuk umah org ngan kekuran ajaran mereka..masuk berkasut pla..dah lah x tunjuk kad kuasa..macam2lah..pastu ty gaji sorang2..motiffff nak tanya gaji..dah tau sume pegawai yang bergaji besar (xtmasuk aku sbb aku gaji kecik jew) baru nak bukak kasut dan hormat..keji sangat..

Alhamdulillah selamat urine test..kawan je hampir sangkut sebab makan ubat batuk..alhamdulillah seb baek lepas kalau x mesti dia kene bawa masuk lokap..dan hari ini, sejarah itu berulang lagi namun situasi kali ni agak terhormat sedikit berbanding dahulu..aku adalah org yang ke 58 di uji untuk pengesahan pngambilan dadah terlarang..dan keputusannya..Alhamdulillah aku bebas dadah..sumenyer 2 bar (maksudnyer kalau 1 bar keputusannya adalah positif dadah).

ps/ sume staff Politeknik Muadzam Shah bersih dari dadah..namun..hati tu kenelah bersih..jangan ada kekejian dan hasad dengki..Tahniah kepada semua Staff PMS..anda bebas dari dadah