Make Believe

Posts tagged “makmal komputer 3

Kursus E-sis Siri 2

21 April 2011 (0845hrs)

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..dan Salam sejahtera..


Khusyuknyerrr..kecuali Yazid Yahya yang Photogedik

Berjumpa lagi kita dalam episod baru theinformations..dan kali ini aku nak mencarut sikit sal kursus yang akan aku hadiri sebentar sahaja lagi..dan kursus yang aku maksudkan adalah kursus e-sis..aku sebenarnya xtau kenapa kerajaan ataupun pihak Politeknik mengadakan dan menganjurkan kursus ini..adakah ianya perlu?adakah mengendalikan e-sis itu sendiri satu benda yang payah untuk dilakukan?atau terdapat banyak aplikasi dalam e-sis yang menyebabkan penjawat awam tidak mampu untuk mengendalikan e-sis dengan berkesan?atau adakah ianya sekadar untuk mengisi kekosongan kursus yang dialami segelintir penjawat awam?mungkin betul sbb aku pon belum menghadiri 1 kursus sejak 2011 membuka lembaran baru..tapi dimanakah rasionalnya kursus ini dianjurkan..

Set-set Technician yang kacak-kacak dan tampan-tampan gehtooo

Xpe mungkin masa kursus nanti aku akan didedahkan akan kepentingan kursus ini..cuma aku masih keliru dengan sistem pengiraan kursus sekarang..sebagai contoh..kalaulah kursus e-sis ini berlangsung dalam tempoh yang singkat..contoh:- kursus bermula pada pukul 9am..kemudiannya berakhir pada pukul 11am/12pm..adakah ianya dikira sehari berkursus walapun kursus itu hanya berlangsung selama 3 jam?dan setahu akula syarat kursus adalah dari pukul 8am-5pm..anda pasti bersetuju dengan aku kan?

Ade yang khusyuk ada yang Photogedik

Oklah sidang pembaca yang dihormati..aku stop kat sini dulu..aku nak masuk kursus..jam pun dah 0852hrs..so aku nak tgk dulu ape yang ada dalam Kursus E-sis Siri 2 ni..aku amik gambar kemudian updatekan blog dibawah tajuk ini…

————————>>>>>

In the middle of E-sis..

Seperti yang aku sangka..kursus ni bukan untuk mengajar apakah itu e-sis..tapi lebih kepada penggunaan e-sis sebenarnya..dan aku rasa kursus ini akan siap/selesai dalam tempoh yang amat singkat..

The tutorial:-

1. Login

2. Tettttttttttttttt…seperti biasa internet yang penuh dengan “kelajuan supersonik” ini begaytohhhhhh “membantu” sesunguttttt!!!

3. Seperti biasa penceramah “mencharowtttt” (benda yang baik tapi org xdengar) kat depan..sambil menghapdet blog..aku mengerling ke arah beberapa orang staff yang sepertinya amat2 x brape nak suka untuk masuk kursus ni..ade yang gerak sana-sini macam aku..sbb ade staff yang “amat” mengetahui hal-hal PC..so org tu sangat perlu dibantu..

4. Wah soalan yang aku utarakan smalam untuk Pembantu Tadbir..so pagi ni dia terus bagi respon..biasalah takut kang kene marah pula sbb xjawab soalan kan..seb baek aku x hantar soalan ke Pengarah..kalau x mampos aku kene charottt nanti…ape pun Kak Samsida(penceramah 1) dah bagi sedikit penjelasan akan masalah yang telah aku kemukakan semalam..

5. Seperti biasa (aku suka guna perkataan ini sbb ia amat hanjeng sangat) internet kat Politeknik Muadzam Shah slow..bukan untuk menhentam sesape..tapi bila internet slow kerja yang nak dibuat pun xleh..kekadang ianya boleh menyumbang kepada merudumnya mood seseorang..macam skg ni..Kursus E-sis..wat pengetahuan pembaca kursus ni memerlukan internet yerrrr..diulangi memerlukan INTERNET yerrrr..so kalau nak masuk e-sis pown payah..berjaya x kursus ni eh???

6. Hampir sejam kursus berlalu..mula-mula aku nak wat tutorial..pastu atas sebab-sebab internet yang sangat “laju” belum tekan dah pegi..menyebabkan tutorial yang aku nak wat ni xjadi macam tutorial..so aku mencharowtt jelaaa..

Borak sajooooorrrr

7. Seperti biasa jugak tetttt..ramai yang bukak facebook time kursus..dah aku rasa bukak facebook lagi laju dari bukak e-sis..tapi kan..kalau difikarkan secara logik..kalau ramai yang bukak FB musti salah 1 sebab e-sis jadi lombab kan?..aku masih bertahan xbukak FB atas sebab-sebab BERINTEGRITI (integriti lah sangat)..padahal kat henpon HTC HD7 aku tu sepanjang hari online FB cuma aku x bukaklaaa jugak atas sebab-sebab INTEGRITI katenyerrrr…

8. Kesian kat orang lain..masuk kursus ada yg xkenal ape itu internet explorer ataupun Mozilla Firefox…kesian sangatzzz…ade yang xtau pon nak bukak ie..terpaksalah aku berlenggang ke sana-sini untuk menunjuk kat orang-orang yang “sangat pandai” iteww..macam kawan aku kat depan ni..bila “hang” je pc tu panggil aku..ntah mende lah yang dibuatnya kat pc tu sampai “hang”..

9. Heyyyy tadi penceramah baca lah blog aku ni..takowttttnyer aku…kang dia marah pla aku “mengumpat benda baik” kat dia..tapi aku dah cakaplah kat dia dan gtau yang aku memang suka gunakan perkataan mencarut iteww..harap-harap hakaq Samsida Azila faham yerrrr…dia cakap..blog leh cakap ape jew ikottt suke hati so aku dengan baik sangka menharapkan dia xberasa hatilaaaa kernnn..

10. Laaaaaa aku ingatkan kursus yang dah masuk sejam ni dah habis..rupanya xhabis lagi..Pn. Sarawati binti Ahmad pula yang nak sambung..sape xkenal Pn. Sara?isteri henchik Muhammad Rafie bin Hamzah lorhhh..kejap lagi dia akan sambung wat latihan utk kursus ni..wat masa ni sume orang “take 5” sendiri…

11. Still waiting………….dah makin ramai dah staff yang bukak facebook..take 5 dah jadi take 10 to take 20..macam2 betol lah..

12. Now Pn. Sarawati taking the 2nd slot…vollehhhhlaaaaa..penjelasannya agak jelas, kemas dan staf yang berkursus pon agak “bersemangat” sesungut…

“OK KEJAP YER NAK MENCELAH..PADA ORANG YANG MENJADI SPY PADA ORANG YANG KEJI..AKU MENGUPDATE BLOG BUKAN GUNAKAN PROXY ATAU INTERNET POLI..AKU MENGGUNAKAN DUIT AKU SENDIRI DAN BROADBAND AKU”

..so pada spy yang akan mengupdate status aku ni kepada orang yang keji tu..silakan lah yerrr jadi hamba abdinya..

13. Back to work..Wah satu lagi berita yang aku dah lama tau cuma confirmation xdpt adalah..Perhimpunan Bulanan adalah dikira sebagai berkursus atas sebab-sebab bermula pada tahun ni sume penjawat awaw perlu menghadiri 10 hari berkursus untuk mencapai keperluan berkursus setahun..berbalik kepada Perhimpunan Bulanan..setiap PB yang dihadiri bersamaan 1 jam..so untuk dapatkan sehari berkursus perlu menghadiri 6 kali PB..so setakat ni dah masuk bulan April bermakna ada 2 kali lagi PB yang perlu dihadiri utk mendapatkan 1 hari berkursus..untuk itu, jumlah berkursus aku setakat ini 1 hari..kena tgu sampai bulan June baru dapat 2 hari berkursus..

Me! of cos gehtoooo

14. For the 1st time..aku merupakan manusia yang pertama menanyakan soalan dalam Kursus E-sis ni..well the questions sound like this..“saya dah mohon beberapa kursus melalui SILAT (Kursus KPTM) so sampai sekarang masih belum berjaya untuk menghadiri salah satu kursus yang ditawarkan..Apakah kemungkinan dan kebarangkalian untuk berjaya dalam permohonan itew?”

The answers a bit too long..tapi aku rasa aku faham kowttttt..

15. Terminated!!!!

Sebelom makan kenelah lepak-lepak dulu | padahal menunggu pembekal makanan xsampai lagi

Well the E-sis just successfully terminated..so, time to eat gehtoooo..sempat je aku nak menghambek gambar kan..nak update blog punyer pasal mustilah aku kene amik gamvar vevanyakkk..Aku ingat xnak makan nasi tapi sbb sedap punyer pasal tpksa tolak kemahuan itew..tadi makan Nasi Tomato ngan air Sarsi kowt..aku bab mengenal pasti jenis makanan memang “fel” so korang anggap je betol yer..Tadi makan ngan Yazid Yahya, Fazleen Manjer, Backstreet Back dan ramai lagi..moteppp aku nak letak sume nama..

Hamvoihhhh Backstreet Back aka Dwayne Johnson aka The Rock ngah memilih ke?nak cari tapau warna pink ke?

Selesai je sesi mencekik ni..maka berakhirlah sudah Kursus E-sis siri 2 yang sangan “mencabar” ini..tak penah aku masuk kursus secepat ini..ingatkan sampai kul 5pm..sbb dalam memo bukan main gempaQ gehtooo..rupanya sampai kul 11 jorhhh..ape pown thanks to Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) kerana telah berjaya menganjurkan Kursus yang penuh dengan input dan maklumat serta informasi yang berguna..diharapkan aku akan dapat lebih banyak kursus lagi selepas ini..supaya target nak capai 10 hari berkursus disamping menimba pengetahuan dan pengalaman..

Advertisements