Make Believe

Posts tagged “library

Sekali lagi..

20 April 2011 – Alhamdulillah setelah beberapa hari asyik panas terik jorhhh akhirnya hujan turun jugak..tapi itu semua berlaku beberapa hari yang lepas..sekarang?selepas aku jadi mangsa ribu taufan (ributlah sangat) isnin lepas..keadaan cuaca begitu tak menentu..pagi tadi panas terik, ptg ni dah hujan ngan lebatnya..dah la ngan ribut petir, guntur pown ada..yang aku risau ni ASTRO kat umah, plug xcabut..kang kene cam hari tu ASTRO meletup..maksud aku dekoder ASTRO tu..harap-harap xde papelah kan..

Setelah anda didedahkan dengan cerita sal banjir ni kat blog henchik Yazid Yahya (The Dream Yard) itu pown kalau baca lah..so aku pown nak kongsi jugaklah kat korang sume..bukan JPA jer yang dilanda banjir..library pown kene jugaklaa..ce tengok..ce tengok gambar ni k..pas ni musti pelabuhan besar kat ULPL tu tarhangkowt dan tertonggeng terbalik macam dilanda tsunami..jap lagi hakoo g tgok..pastu amik gambar..leh masuk dalam blog..

Advertisements

Dulu pejabat kecik..sekarang pejabat dah besar

Lebih kurang 3 bulan yang lalu..impian seratus lebih kakitangan Politeknik Muadzam Shah untuk bekerja di tempat baru yang lebih besar hampir sekali lagi dikecewakan sekiranya perpindahan ke kampus sebenar ditangguhkan. Namun semua tanggapan dan impian akhirnya termakbul jua apabila secara rasminya PMS akhirnya berpindah dari Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah ke kampus utama.

Memulakan operasinya dengan aktiviti Pendaftaran Pelajar-pelajar baru dan Minggu Suai Kenal dan seterusnya pelbagai aktiviti diadakan bagi memenuhi dan mengimbangi Politeknik sebesar PMS ini. Perpustakaan Politeknik Muadzam Shah juga tidak ketinggalan dalam proses perpindahan besar-besaran ini. Dahulunya PPMS ditempatkan di Tingkat 1 bangunan SMK Teknik. Dan kini PPMS mempunyai bangunannya sendiri yang terletak diantara Jabatan Pengajian AM, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UPLI, ULPL dan UIDM.

Selamat Datang ke Perpustakaan Politeknik Muadzam Shah!!!