Make Believe

Posts tagged “GSC

Kad Kredit

Rasanya dah hampir 2 tahun dah aku gunakan kad kredit Public Bank Manchester United ni..dan aku rasa macam nak terminate je..sebab skg aku ada beberapa keping kad kredit dari bank-bank lain..

1. Bank Islam Credit Card

2. Public Bank Credit Card (Manchester United)

3. Maybank Ikhwan Islamic Credit Card (Gold)

4. Maybankard 2 Cards (Gold)

5. Eon Golden Screen Cinema Credit Card (Gold)

Kad Kredit Bank Islam

Dari kelima-lima kad kredit ni aku paling suka Maybank Ikhwan sebab utamanya adalah berlandaskan syariah..tapi untuk penggunaan hiburan atau papelah..aku paling suka Eon GSC Credit Card sbb leh guna utk tgk wayang..dah brape banyak dah aku gunakan untuk tgk wayang..yang bestnya leh dapat priority lanes dan xpayah beratur kalau nak beli tiket..nak beli pop corn pown ada lanes sendiri..dikhaskan untuk pemegang kad..hebat kan kuasa kad ni..boleh memotong barisan lagi itu pun kalau perlu potg..leh beli tiket wayang online lg..dan yang bestnye..kalau tiket wayang rm10 ke bawah pun dapat diskaun..walaupun sedikit diskaunnyer iteww..tapi sape nak bagi kat kite rm1 free..betol tak..kemudahan dah ada so gunakanlah kan..

Kad Kredit Maybank Ikhwan Gold

Baru ni terkejot aku tgk aku punyer statement..RM150 fee kene bayar..tapi sbb aku dah tgk wayang lebih dari 24x setahun..Rm150 tu dilepaskan..so xpayah bayar fee..terkejot pastu happy..Lupakan pasal Eon GSC CC..Maybank Ikhwan pown best jugak..banyak kelebihan dan macam2 lagilah..xpayah lah aku nak kongsikan kelebihannya kat sini..kalau ade sesape nak mintak pandangan atau nasihat tentang kad kredit..hantarkan pandangan, soalan atau ape pun melalui ruangan komen ok..

Kad Kredit Public Bank Manchester United

The end of story..aku rasa aku nak terminate kan Public Bank, Bank Islam tu..Maybankard 2 Cards tu pula aku baru dapat semalam..dah approve dah so aku nak try dulu apa kelebihannya..so aku akan kongsikan kepada anda2 yang suka akan kad kredit..

My Favourite card! GSC Eon Credit Card

Kesimpulannya, anda dinasihatkan JANGAN menggunakan kad kredit seperti wang tunai..kalau anda tak pernah guna kad kredit dan tak tahu fungsi, terma dan syarat serta fi yang akan dikenakan..anda dinasihatkan supaya tidak menggunakkannya..be smart, be wisely..anda boleh menganggap ianya tunai sekiranya anda faham akan situasinya..anda harus mempunyai wang yang cukup untuk membayar balik apa yang telah kita beli menggunakan kad kredit..dan jangan gunakan cara dengan membayar minimum setiap bulan kerana dengan cara itu anda tidak akan dapat berbelanja secara berhemah..

Maybankard 2 Cards