Make Believe

Takaful Ikhlas

TAKAFUL IKHLAS : IKHLAS EDUCATION CLASSIC (Khas untuk anak-anak anda)

Pengenalan

MENABUNG UNTUK MASA DEPAN ANAK ANDA SAMBIL MENIKMATI PULANGAN YANG LEBIH BAIK

Model IKHLAS kami membenarkan bahagian yang lebih besar daripada akaun peserta digunakan untuk tujuan pelaburan di mana ini membolehkan peserta menerima kadar pulangan yang lebih optima. Ia juga membenarkan peruntukan pendapatan pelaburan dan lebihan yang lebih kerap kepada akaun pelaburan. Pelaburan semula pendapatan pelaburan dan lebihan ini sesegera mungkin, menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan adalah lebih baik.

Memiliki pendidikan sempurna adalah pasport ke arah membina kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan ini, sebab itulah anda sentiasa inginkan hanya yang terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, anda perlu merancang dari sekarang. Kami sedia membantu. Untuk itu, kami perkenalkan anda dengan IKHLAS EDUCATION CLASSIC.

Ianya merupakan pelan yang membantu anda menabung sejumlah kecil wang setiap bulan. Tanpa disedari jumlah yang terkumpul, cukup untuk membiayai pendidikan anak anda di masa depan. Selain itu, pelan ini juga menawarkan anda perlindungan sekiranya ditakdirkan anak anda meninggal dunia atau kehilangan upaya. Dan anda diberi pilihan fleksibel untuk membuat sumbangan antara 6 hingga 23 tahun sehingga tempoh matang sijil.

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Education Classic?

Berikan anak anda nikmat perlindungan insurans di saat anda menabung untuknya. Pelan ini dicipta khusus untuk kanak-kanak berumur antara 30 hari sehingga 12 tahun, jadi anda boleh merancang untuk pendidikan mereka seawal yang mungkin. Dengan pelan istimewa ini akan menikmati manfaat-manfaat berikut:-

Manfaat Kematian & Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
Sekiranya ditakdirkan berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh menimpa anak anda sebelum tempoh matang sijil, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) kepada anda. Sekiranya kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh berlaku sebelum anak anda mencapai umur lima (5) tahun pada harijadi seterusnya jumlah perlindungan yang akan dibayar adalah seperti berikut:-

Kenapa IKHLAS Education Classic Takaful?

MANFAAT KEMATANGAN
Sebaik sahaja sijil matang, anak anda akan menerima secara sekaligus sejumlah wang, setara dengan jumlah yang terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA).

PENGELUARAN WANG TUNAI
Pengeluaran wang tunai boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) bagi setiap pengeluaran.

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) peserta.

ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG

Mereka yang menyertai pelan ini akan diberi anugerah untuk pencapaian cemerlang di peperiksaan UPSR, PMR atau SPM. Manfaat ini hanya akan dibayar sekiranya pada tarikh peperiksaan, sijil telah berkuatkuasa untuk tempoh minimum tiga (3) tahun. Manfaat anugerah adalah RM100 untuk setiap markah A yang dicapai di dalam semua matapelajaran UPSR (minimum 5A), PMR (minimum 7A) atau SPM/SPVM (minimum 7A).

SYARAT DAN HAD UMUR

Umur : 30 hari- 12 tahun (umur pada harijadi berikutnya)

Jumlah perlindungan : Minimum RM 10,000, Maximum RM 150,000

Tempoh tamat umur penyertaan : 18-23 tahun (Berdasarkan umur peserta)

Tempoh perlindungan : 6-22 tahun

Contoh perkiraan/ ilustrasi bagi yang mencarum/menyumbang/ membayar RM100 sebulan:

Dengan mencarum RM100* sebulan, anda akan mendapat manfaat-manfaat berikut:


ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

(Minimum UPSR = 5A, PMR = 7A, SPM = 7A) 1A = RM 100

MANFAAT PEMBAYAR

Sumbangan dikecualikan jika pembayar:

  1. Meninggal dunia
  2. Hilang upaya kekal menyeluruh
  3. Ditimpa 40 penyakit kritikal

MANFAAT ANAK

  1. Manfaat kematian/ Hilang upaya kekal menyeluruh (RM14,500)
  2. Manfaat kematiankemalangan/ Hilang upaya kekal menyeluruh (RM34,000)
  3. Manfaat kemalangan separa kekal (mengikut %) (RM 10,000)
  4. Dana 40 jenis penyakit kritikal tambahan (RM10,000)
  5. Manfaat Harian Hospital (mengikut jumlah hari) (RM20 sehari)

TABUNG PENDIDIKAN

  1. Tempoh matang/ serahan (RM 33,725)

PELEPASAN CUKAI

  1. Maksima sehingga RM3,000

Call me : 011-12123391/ 014-8383019

Email : puterabiru84@yahoo.com

atau tinggalkan no telefon anda di ruangan comment..saya akan menghubungi anda secepat mungkin..


Situasi biasa masyarakat berkaitan Insurans

Senario Yang Dihadapi:

SITUASI 1

Untuk insan yang begelar Mak, Ayah, Suami, Isteri, Abang, Kakak dan Adik,

Seorang wanita dikalangan keluarga anda akan terdedah kepada beberapa risiko dalam kehidupan yang mendatang. Andaikan suatu hari, doktor ataupun sesiapa sahaja menyatakan Mak, Isteri, Kakak dan Adik anda menghidap Kanser Payudara, Kanser Serviks ataupun beberapa jenis penyakit yang lain.

Anda akan berdepan dengan:

1. Kos perubatan yang berterusan untuk rawatan

2. Terpaksa berehat dari bekerja dan berniaga – ini menyebabkan pendapatan tidak ada

3. Anak-anak kena hantar ke “Babysitter”

4. Kesanggupan seorang suami untuk menjaga anda ataupun suami kini telah memikirkan untuk kahwin lain*

APA YANG AKAN KITA LAKUKAN?

Adalah malang bagi kita yang tidak mempunyai kesedaran untuk mengambil Polisi Insuran ini. Ianya diwujudkan khas untuk wanita yang secara majoritinya terdedah kepada situasi-situasi seperti ini. Berdasarkan kepada situasi di atas, tanpa kita mohon penyakit seperti itu datang kepada kita yakni Mak, Isteri, Kakak, Adik. Apa yang akan kita lakukan?Tanpa sumber kewangan yang cukup pastinya kita tidak mampu untuk menjelaskan pelbagai kos rawatan yang diperlukan. Betul tak?Kita terpaksa berhenti dari bekerja dan berniaga disaat kita kini bertarung nyawa untuk pulih. Kemudian pendapatan yang kita perolehi setiap bulan hasil dari bekerja kini tidak akan diperolehi lagi. Dengan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan pejagaan sudah tentu suami tidak mampu untuk melakukan semuanya sendirian. Bahkan sumber kewangan amatlah diperlukan. Senario itu bertambah rumit seandainya suami tidak lagi mampu menjaga anda dan sudah tidak sanggup lagi menjaga anda.

SITUASI 2

Pernah x anda berhadapan dengan ejen yang memaksa anda untuk membeli produk mereka? saya percaya anda pernah mengalaminya. Sebelum saya menjadi ejen insurans berlesen, saya juga pernah mengalami situasi seperti ini. Namun begitu, tidak semua ejen bertindak seperti itu. Jika anda jumpa ejen-ejen seperti ini. Anda mempunyai hak untuk memarahi dan menolak mereka.

Situasi di mana anda perlu memiliki insurans: anda mempunyai kenderaan(kereta, motor). Persoalannya adalah:

1. Adakah anda mempunyai Insurans ke atas kereta dan motor anda?untuk apa insurans? untuk melindungi kereta anda daripada kecurian, kerosakkan akibat kemalangan bukan?Sebagai contoh kereta Myvi. Setahun insurans bagi kereta jenis ini lebih kurang RM950.00++..maknanya anda membayar lebih kurang RM80.00 sebulan untuk melayakkan kereta anda mendapat perlindungan insurans..katakan anda tidak mempunyai insurans..dan saya ingin bertanya kepada anda..yang manakah lebih penting pada anda Insurans kereta RM950.00(perlu dibayar juka anda mempunyai kereta) ataupun insurans bagi perubatan, kesihatan, perlindungan keluarga dan diri untuk anda sendiri?

– Kadang-kadang manusia x perasan yang mereka lebih pentingkan kebendaan, modified kereta untuk kepuasan diri..tapi bila diri sendiri jatuh sakit, memerlukan pembedahan, masuk ICU/ hospital dan memerlukan kos yang tinggi anda tidak mampu untuk mendapatkan pertolongan sesiapa pun..maka berlakulah seperti dalam suratkhabar: Si Polan bin Si Polan memerlukan RM20,000 untuk kos rawatan pembedahan jantung berlubang (sebagai contoh)..perlukah kita menjadi seperti ini sedangkan kita ada peluang untuk membeli Perlindungan Insurans?

– Kadang-kadang manusia berfikir xmungkinlah saya akan kena penyakit sekian, sekian..inilah masalah masyarakat sekarang..kenapa perlu fikirkan seperti itu?kenapa anda tidak memikirkan rugi nya beli insurans kereta..mahal pulak tu..kalau x kemalangan burn macam tu je insurans tu..betol tak?inilah masalah kita..Insurans tidak merugikan anda walau 1 sen pun..malah anda akan mendapat pelbagai manfaat bukan sahaja kepada diri anda sendiri tapi keluarga anda. Dan anda akan dapat menyimpan sama seperti sistem di BANK..cuma yang bezanya di bank anda tidak akan mendapat manfaat kesihatan, perlindungan, rawatan ke atas diri anda..melalui insurans anda akan dapat pulangan yang sama seperti di Bank ditambah dengan manfaat-manfaat kesihatan..

SITUASI 3

Sebuah keluarga bahagia yang terdiri daripada Suami, isteri dan anak-anak..Suami sebagai punca mata pencarian..Apabila si suami tidak mengambil insurans meninggal kemudian mata pencarian hilang. Apa yang si isteri dan anak-anak perlu buat?mereka sudah tidak mempunyai mata pencarian lagi..gaji si suami Rm1000.00 sebulan (sbg contoh) tidak lagi dapat dirasai oleh anak-anak dan isteri..hutang-hutamg tidak dapat dibayar, kelangsungan untuk hidup begitu susah, duit untuk makan dan minum serta membesarkan anak-anak dan menyekolahkan mereka juga amat mustahil untuk dilaksanakan.

– Berbeza dengan keluarga yang bahagia memiliki isteri dan anak-anak.. Suami masih menjadi watak utama yg bertindak sebagai punca mata pencarian..Si suami telah membeli insurans untuk dirinya dan mewasiatkan pampasan insurans itu sekiranya dia sudah tidak ada lagi di dunia ini..Selang 3 bulan selepas si suami itu membeli insurans..Si suami meninggal dunia dan meninggalkan keluarga tercinta.. Namun kesannya amat berbeza dengan situasi pertama tadi bukan..dia masih mempunyai harta peninggalan yang didapati dari perlindungan insurans itu tadi bagi membolehkan keluarganya meneruskan kelangsungan hidup mereka..anak-anak tidak terbiar x makan, malah mereka boleh bersekolah seperti biasa..

SITUASI 4

Bila mana terdapat masyarakat bongkak dan sombong lebih-lebih lagi masyarakat yang sederhana pendapatannya berlagak kaya dan berlagak seperti nyawa mereka tidak penting. Situasi ini melibatkan Suami, isteri dan anak. Oklah kita lupakan si isteri dan suami yang berlagak itu..Suatu hari mereka bertiga menaiki kenderaan ke suatu tempat..ditakdirkan mereka bertiga mengalami kemalangan si suami dan si isteri meninggal ditempat kejadian..si anak terselamat dari nahas. Persoalannya: Bagaimana anak itu meneruskan hidupnya tanpa sesen pun pampasan perlindungan akibat kemalangan?

SITUASI 5

Orang bujang yang sudah bekerja dan merupakan satu-satunya punca mata pencarian bagi keluarganya..keluarga merujuk kepada si anak yang masih tinggal bersama dengan ibu, bapa mereka di samping mempunyai adik beradik yang bersekolah. Ketika beliau masih hidup beliaulah merupakan tempat di mana ibu, bapa, adik beradik tempat bergantung hidup. Bagaimana sekiranya anak, abg, kakak mereka meninggal?di manakah lagi tempat mereka bergantung hidup?

Kesimpulannya, ajal tidak mengenal waktu, tempat, masa dan kita tidak tahu bila kita akan mati..bersedialah dengan persediaan yang cukup dan ingatlah apa yang akan anda tinggalkan kepada keluarga anda apabila anda sudah tidak lagi bersama mereka. Anda juga tidak tahu bila anda akan sakit dan tidak boleh bekerja lagi..Di sinilah peranan anda untuk mendapatkan perlindungan insurans untuk keluarga dan diri anda sendiri..


Kepentingan Mempunyai Perlindungan Insuran Dalam Kehidupan

INSURANS?KEPENTINGAN MEMPUNYAI INSURANS DALAM KEHIDUPAN

Bagaimana ianya boleh membantu?

Apakah kepentingan insurans?

Kenapa ianya diwujudkan?

Kenapa manusia perlukan Insurans?

Apakah kaitan insurans dengan masyarakat?

Untuk menjawab semua persoalan itu..Sila lihat dan baca sedikit luahan, pengalaman dan penerimaan seorang pelanggan dan masyarakat Malaysia:

“Perkhidmatan perlindungan insuran memang diakui perlu dalam kehidupan. Ianya dapat membantu kita sekiranya kita menghadapi masalah. Sebagai contoh jika kereta kita kemalangan dan melibatkan kos pembaikan yang besar kita terpaksa menggunakan perkhidmatan pihak insuran untuk membayar kos pembaikan kenderaan tersebut dan sekiranya kita menghadapi penyakit kronik yang termasuk dalam senarai yang dilindungi oleh pihak insuran, pihak insuran akan membiayai kos perubatan tersebut. Dan sebaliknya sekiranya kita tidak dilindungi oleh insuran maka kita terpaksa membayar dengan wang saku sendiri untuk kesemua perbelanjaan yang timbul daripada kemalangan kereta ataupun kos perubatan untuk merawat penyakit yang dihidapi.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sebelum dan selepas memilik perlindungan insuran untuk anak saya. Pada tahun 2006 sebelum saya membeli perlindungan insuran untuk anak saya, anak saya telah dijangkiti penyakit di mana paru-parunya telah dijangkiti kuman. Pada masa tersebut saya belum mengetahui yang anak saya dijangkiti penyakit tersebut. Saya ingat dia hanya demam biasa. Ini hasil pemeriksaan klinik swasta dan hospital. Walau bagaimanapun setelah 3 hari mendapat rawatan klinik dan hospital saya mendapati tahap kesihatan anak saya semakin merosot. Dia tidak lalu makan dan suhu badan mencecah 39 darjah. Setelah mendapati beliau semakin sakit saya mengambil keputusan untuk merujuk anak saya ke Pusat Pakar Perubatan Normah. Walaupun tahu kos yang terpaksa ditanggung sekiranya anak saya dimasukkan ke hospital tersebut akan mencecah ribuan ringgit demi kesihatan anak, saya sanggup berkorban apa saja.

Setelah diperiksa oleh pakar, barulah saya dimaklumkan bahawa anak saya dijangkiti kuman di bahagian paru-parunya. Setelah dimaklumkan perkara tersebut doktor menasihatkan supaya anak saya ditahan untuk mendapat rawatan lanjut. Setelah 4 hari 3 malam dirawat di pusat tersebut saya terpaksa membayar sendiri kos perubatan yang berjumlah RM3,500. Di situlah saya berfikir jika anak saya dilindungi oleh insuran, kos tersebut mungkin saya tidak perlu bayar.

Setelah berfikir untuk masa depan anak-anak saya, saya mengambil keputusan untuk membeli perlindungan insuran untuk anak-anak saya. Pakej yang saya ambil adalah termasuk perubatan dan simpanan. Disamping dapat melindungi anak-anak sekiranya dimasukkan ke hospital akibat penyakit saya juga menabung untuk masa depan mereka.

Setelah hampir dua tahun membeli perlindungan tersebut anak saya sekali lagi dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan Normah akibat jangkitan kuman di usus ataupun istilah mudahnya cirit-birit yang agak kronik. Setelah dimasukkan ke dalam hospital tersbut selama 2 hari saya dikenakan bayaran sebanyak RM2,000. Setelah merujuk kepada agen insuran saya, saya hanya perlu membayar sebanyak RM100 sahaja sebagai bayaran untuk kos yang tidak ditanggung seperti caj pentadbiran. Dengan itu, masalah berkaitan dengan pembiayaan kos perubatan untuk anak saya dapat saya pindahkan kepada pihak insuran. Saya berasa perlindungan insuran yang saya ambil amat membantu menyelesaikan masalah kewangan saya dan saya amat berharap agar rakan-rakan sekalian mengambil iktibar dariapada kisah saya ini untuk perlindangan kesihatan diri ataupun keluarga untuk masa yang akan datang.”

SUMBER:

MUHAMMAD NAJIB BIN AHMAD
PENOLONG PEGAWAI TADBIR
JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA SARAWAK


Kepentingan Memiliki Insurans

Dewasa ini, Perlindungan insurans amatlah diperlukan..terdapat beberapa syarikat yang menawarkan insurans berlandaskan syariah yang dibenarkan. Salah satu daripadanya adalah Takaful Ikhlas. Dalam tajuk kali ini, admin ingin membincangkan kenapa Insurans begitu penting dalam kehidupan? Sebelum itu, sila lihat video ini terlebih dahulu untuk memahami dengan lebih lanjut lagi akan kepentingan insurans:

1. Untuk melindungi pendapatan keluarga

Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan.

2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak terjejas.

3. Suatu pelan untuk pendidikan anak – anak
Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak – anak mereka. Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.

4. Suatu tabung persaraan
Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Insuran
hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.

5. Suatu pelan perubatan/kesihatan
Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Orang yang bijak mengunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/ kesihatan yang tinggi.

6. Suatu ukuran nilai diri
Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.

7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang
Tidak seperti pemberian yang lain, insurans hayat adalah pemberian yang berharga dan kekal sepanjang hayat.

8. Perlindungan perniagaan keluarga
Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Insurans hayat membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.

9. Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh
Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan yang sempurna tanpa insurans hayat.

10. Sebagai sokongan kepada rakan
Orang membeli insurans hayat kerana seribu satu sebab. Tidak dinafikan, ada yang membeli insurans hayat untuk menyokong seorang rakan ejen.


Trip to Bahau

Semalam aku sebagai agen Takaful Ikhlas telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat bersama dengan agen-agen yang lain..boleh dikatakan semuanya berjaya dalam bidang ini..walaupun aku masih baru dalam bidang ini aku akan cuba untuk membina impian dan meningkatkan taraf hidup keluarga aku..banyak motivasi dan semangat serta nasihat yang membina yang aku dapat dari senior-senior yang lain..

Perjalanan ke Bahau mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit..agak membosankan..mesyuarat pown agak membosankan..cuma ilmu yang banyak aku dapat..kadang-kadang ada manusia yang salah faham ngan konsep Takaful Ikhlas ni..banyak insan-insan yang sebenarnya mampu dan perlu kepada Insurans tidak melakukannya..atas alasan yang terlalu “common”..xde duit, gaji x cukup, nyawa dia lagi penting dari bayar rm50-rm100 sebulan..walhal kalau dia bayar sejumlah wang pun setiap bulan selama 20 ke 30 tahun..syarikat xkan amik 1sen pown dari jumlah tersebut malah ianya boleh dinikmati semula selepas satu tempoh..

Memang tidak dinafikan terdapat agen-agen yang begitu mendesak pelanngan untuk membeli insurans dengan mereka..dan hal ini sepatutnya tidak berlaku..agen-agen seperti inilah yang menyebabkan pelanggan tidak mahu berurusan dengan mereka..

Berikut merupakan sebab-sebab ASAS kenapa manusia perlukan insurans aka perlindungan dan simpanan:

1. Orang yang dikatakan miskin dan xde duit:

Kalau manusia itu kata dia miskin dan xde duit..perlu x insurans?pada pandangan akulah..golongan-golongan sepertin ini lah yang perlukan perlindungan insurans dan ianya sama sekali tidak membebankan mereka..sebab dan keperluannya adalah: apabila golongan-golongan ini tidak mempunyai perlindungan dan kemudiannya orang itu sendiri ditimpa pelbagai masalah seperti kemalangan, penyakit dan macam-macam lagi. Persoalannya ORANG YANG DIKATAKAN MISKIN ni nak dapat duit dari mana untuk biayai semua pembedahan atau pembayaran untuk kos hospital dan klinik lebih2 lagi SWASTA. Di sinilah peranan Insurans.

2. “Orang yang kate, orang yang bekerjaya dan kaya bolehlah amik insurans” aku ni xde duit..gaji kecik..

Alasan yang common sangat..kenapa wujud manusia seperti ini..katakan lah dia xde duit dan dia kata hanya orang kaya sahaja yang mampu beli insurans..no! itu alasan yang salah..Memg alasan itu adakalanya benar dari sudut yang lain kerana orang yang kaya mampu untuk membeli insurans..tapi bila orang yang dikatakan MISKIN berkata begitu..ianya amat salah sama sekali..kenapa?orang kaya xperlukan pun perlindungan ke atas dirinya dari segi kesihatan dan sebagainya..of course la perlindungan itu penting xkira kaya atau miskin..sebab dia xperlukan insurans?SEBAB orang kaya kalau dia ditimpa penyakit seperti kanser, tumor, penyakit buah pinggang, jantung berlubang dan penyakit yang memerlukan kos yang tinggi untuk dibedah, dia (ORANG KAYA) mampu untuk membayar kos tersebut sbb dia mampu..dia dah KAYA so dia xperlu insurans cover untuk bayar kos..

Kesimpulannya miskin atau kaya sama sahaja..yang bezanya perkataan kaya dan miskin sahaja..walaupun pada dasarnya ia seperti pengakuan yang mudah utk diungkapkan..kadang-kadang manusia x sedar akan kepentingan insurans..bila jumpa agen je teross lari..skg zaman kita kena cari maklumat bukan maklumat cari kita..so kalau agen nak bagitau sal insurans jangan terus lari dan tolak..anda akan dapat ilmu daripada mereka..xnak beli sudah..tapi “nawaitu” agen adalah menyampaikan maklumat dan tanggungjawab..walaupun pada dasarnya tak semua agen ada nawaitu yang seikhlas murni macam tu..yang memaksa dan kemudiannya marah sbb pelanggan xbeli..abaikan..mereka hanya ingin mengaut keuntungan..aku pon sebenarnya xmemaksa..xperlu beli insurans sampai rm100-rm150 dan ke atas kalau ianya membebankan..belilah setakat yang anda mampu rm60, rm70,rm80,rm90..kerana sesungguhnya apa yang anda bayar berbaloi dikemudian hari..

Tak kira berapa anda bayar..dalam kehidupan anda perlu 1 insurans..jika anda bujang..anda harus memiliki insurans..apabila anda berkahwin..salah seorang daripada anda harus memiliki insurans..apabila anda berdua kini mempunyai anak..anda boleh memilih sama ada salah seorang dari anda harus ada insurans atau anak..kerana apabila anda meninggalkan mereka dengan 1 simpanan dan perlindungan..anda telah menyelesaikan tanggungjawab anda sebagai suami/isteri atau ibu/ayah kepada anak dan keluarga..

Besarkan kotak pemikiran anda..anda tidak akan rugi walau sesen pown kalau anda mempunyai insurans!!!fikir-fikirkanlah dan selamat beramal..


Produk Khusus Untuk Wanita

Mengapa dan kenapa perlunya IKHLAS WANITA TAKAFUL?

Senario Yang Dihadapi:

Untuk insan yang begelar Mak, Ayah, Suami, Isteri, Abang, Kakak dan Adik,

Seorang wanita dikalangan keluarga anda akan terdedah kepada beberapa risiko dalam kehidupan yang mendatang. Andaikan suatu hari, doktor ataupun sesiapa sahaja menyatakan Mak, Isteri, Kakak dan Adik anda menghidap Kanser Payudara, Kanser Serviks ataupun beberapa jenis penyakit yang lain.

Anda akan berdepan dengan:

1. Kos perubatan yang berterusan untuk rawatan

2. Terpaksa berehat dari bekerja dan berniaga – ini menyebabkan pendapatan tidak ada

3. Anak-anak kena hantar ke “Babysitter”

4. Kesanggupan seorang suami untuk menjaga anda ataupun suami kini telah memikirkan untuk kahwin lain*

APA YANG AKAN KITA LAKUKAN?

Adalah malang bagi kita yang tidak mempunyai kesedaran untuk mengambil Polisi Insuran ini. Ianya diwujudkan khas untuk wanita yang secara majoritinya terdedah kepada situasi-situasi seperti ini. Berdasarkan kepada situasi di atas, tanpa kita mohon penyakit seperti itu datang kepada kita yakni Mak, Isteri, Kakak, Adik. Apa yang akan kita lakukan?Tanpa sumber kewangan yang cukup pastinya kita tidak mampu untuk menjelaskan pelbagai kos rawatan yang diperlukan. Betul tak?Kita terpaksa berhenti dari bekerja dan berniaga disaat kita kini bertarung nyawa untuk pulih. Kemudian pendapatan yang kita perolehi setiap bulan hasil dari bekerja kini tidak akan diperolehi lagi. Dengan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan pejagaan sudah tentu suami tidak mampu untuk melakukan semuanya sendirian. Bahkan sumber kewangan amatlah diperlukan. Senario itu bertambah rumit seandainya suami tidak lagi mampu menjaga anda dan sudah tidak sanggup lagi menjaga anda.

Nah! Disinilah peranan Takaful Ikhlas untuk membantu anda. Dengan Ikhlas Wanita Takaful segala kos rawatan akan dapat ditampung dan pencarum akan mendapat pelbagai faedah daripadanya. Antaranya:

Ciri – Ciri Pelan

  • Umur Kemasukan 16 Tahun Hingga 50 Tahun.
  • Tempoh Perlindungan 15 hingga 49 Tahun tertaluk kepada umur maksima 65 Tahun.
  • Tempoh Perlindungan peserta sehingga berumur 65 Tahun (Maksima).
  • Manafaat matang pemulangan 100% Simpanan terkumpul di dalam PIA kepada peserta.
  • Tambahan Sumbangan dibenarkan selepas sijil Peserta telah berkuatkuasa dengan amaun minima RM50.
  • Syarat kemasukan dari umur 16 tahun hingga berusia 50 tahun.

Pelan Pilihan

Jenis Pelan Had Seumur Hidup Kriteria
Pelan A RM 50,000 Beserta Manafaat Kehamilan
Pelan B RM 100,000 Beserta Manafaat Kehamilan
Pelan C RM 50,000 Tanpa Manafaat Kehamilan
Pelan D RM 100,000 Tanpa Manafaat Kehamilan
Pelan E RM 25,000 Beserta Manafaat Kehamilan
Pelan F RM 25,000 Tanpa Manafaat Kehamilan

Manafaat Kehamilan bermaksud penyakit yang menyebabkan kesukaran semasa mengandung dan penyakit bayi. Keseluruhan manfaat di dalam pelan akan terhenti apabila had seumur hidup telah digunakan sepenuhnya. Setiap tuntutan akan mengurangkan had seumur hidup namun kadar sumbangan tidak akan berubah.

MANAFAAT DENGAN MANAFAAT KEHAMILAN TANPA MANAFAAT KEHAMILAN
Pelan A Pelan B Pelan E Pelan C Pelan D Pelan F
Had Seumur Hidup [1] RM50,000 RM100,000 RM25,000 RM50,000 RM100,000 RM25,000
1) Ciri-ciri Utama:
a) Kanser Wanita

i. Kanser Payu Dara

RM50,000 RM100,000 RM25,000 RM50,000 RM100,000 RM25,000
ii. Serviks Uteri RM50,000 RM100,000 RM25,000 RM50,000 RM100,000 RM25,000
iii. Tiub Filopia RM50,000 RM100,000 RM25,000 RM50,000 RM100,000 RM25,000
iv. Ovari RM50,000 RM100,000 RM25,000 RM50,000 RM100,000 RM25,000
vi. Vagina / Vulva RM50,000 RM100,000 RM25,000 RM50,000 RM100,000 RM25,000
b) Eritematosus

Lupus Sistemik (SLE) Bersama Lupus Nefritis

RM50,000 RM100,000 RM25,000 RM50,000 RM100,000 RM25,000
c) Artritis

Reumatoid Dengan Komplikasi

RM50,000 RM100,000 RM25,000 RM50,000 RM100,000 RM25,000
d) Pembedahan

Rekonstruktif Muka Akibat Kemalangan

Bayaran balik sehingga 30% Bayaran balik sehingga 30%
RM15,000 RM30,000 RM7,500 RM15,000 RM30,000 RM7,500
e) Pembedahan

Kulit Akibat Luka Terbakar

RM15,000 RM30,000 RM7,500 RM15,000 RM30,000 RM7,500
f) Pembedahan

Kulit Akibat Kanser Kulit

RM15,000 RM30,000 RM7,500 RM15,000 RM30,000 RM7,500
g) Karsinoma-In-Situ

(Payu Dara dan Serviks Uteri)

RM15,000 RM30,000 RM7,500 RM15,000 RM30,000 RM7,500
h) Pembedahan

Rekonstruktif Payu Dara Akibat Kemalangan

RM15,000 RM30,000 RM7,500 RM15,000 RM30,000 RM7,500
2) Komplikasi Kehamilan
i. Penyebaran Penggumpalan Intravaskular RM15,000 RM30,000 RM7,500
ii. Kehamilan Ektopik RM15,000 RM30,000 RM7,500
iii. Mol Hidatidiform (Kandungan Molar) RM15,000 RM30,000 RM7,500
iv. Lahir Mati RM15,000 RM30,000 RM7,500
v. Kematian Neonatal RM15,000 RM30,000 RM7,500
3) Penyakit Kongenital Bayi:
i. Kecacatan Ventrikular Septum RM15,000 RM30,000 RM7,500
ii. Kecacatan Atrium Septum RM15,000 RM30,000 RM7,500
iii. Sindrom Down RM15,000 RM30,000 RM7,500
iv. Spina Bifida RM15,000 RM30,000 RM7,500
v. Tetralogi Fallot RM15,000 RM30,000 RM7,500
vi. Tranposisi Pembuluh Utama RM15,000 RM30,000 RM7,500
4)  Ciri-ciri Tambahan: 3% setiap kejadian, tertakluk kepada 2 kejadian untuk setiap hayat 3% setiap kejadian, tertakluk kepada 2 kejadian untuk setiap hayat
a) Manfaat Perkahwinan Pertama RM1,500 RM3,000 RM750 RM1,500 RM3,000 RM750
b) Manfaat Kelahiran Anak RM1,500 RM3,000 RM750 RM1,500 RM3,000 RM750
c) Manfaat Kematian Pasangan RM1,500 RM3,000 RM750 RM1,500 RM3,000 RM750
d) Manfaat Berhenti Kerja Paksa RM1,500 RM3,000 RM750 RM1,500 RM3,000 RM750
Manfaat Kematian Biasa RM50,000 RM100,000 RM25,000 RM50,000 RM100,000 RM25,000
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan RM50,000 RM100,000 RM25,000 RM50,000 RM100,000 RM25,000
Manfaat Simpanan Matang Baki dari PIA, tolak caj-caj Baki dari PIA, tolak caj-caj

[1]  Setiap tuntutan akan mengurangkan had seumur hidup tetapi sumbangan tidak berubah.  Sijil akan tamat apabila had seumur hidup telah digunakan sepenuhnya.


Kepentingan Mempunyai Insurans (Takaful Ikhlas)

AKTA TAKAFUL 1984

TAKAFUL IKHLAS adalah syarikat yang berdaftar di bawah AKTA TAKAFUL 1984.

Pengurusan berlandaskan Syariah.  Petikan dari Web Site Rasmi TAKAFUL IKHLAS  :

“As such, all operational matters, investment dealings, management and marketing of our business are overseen by the Shariah Advisory Committee, headed by Y. Bhg. Dato’ Haji Mohd Mokhtar Shafii, who sits on the Selangor Fatwa Council.”

SISTEM TAKAFUL

Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta. Ini memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam dua bentuk. Pertama, keuntungan dari segi kewangan menerusi pelan Takaful dan perlaksanaan Mudharabah.

Kedua, “manfaat” dari segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah Tabarru’. Keistimewaan tambahan daripada konsep ini ialah ia tidak hanya bermanfaat kepada Muslim semata-mata, malah ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka.