Make Believe

Perhimpunan Bulanan Kakitangan Politeknik Muadzam Shah April 2011

Hai Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

22 April 2011 – Berjumpa lagi di lembaran baru theinformations dalam episod pada kali ini adalah..Perhimpunan Bulanan Kakitangan PMS yang telah dianjurkan dengan jayanya oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer bertempat di Dewan Kuliah Utama 1 yang indah ithoooo…Seperti biasa tentatif perjalanan majlis adalah sama dengan mana-mana perhimpunan bulanan kakitangan sebelum-sebelum ini..namun pada kali ini agak berlainan sedikit kerana PBKPMS kali ini dimulai dengan sedikit perkongsian maklumat, informasi dan idea dari Pegawai Unit Penyelidikan dan Inovasi..

Secara ringkasnya beliau memperihalkan tentang perlunya innovation dan pelbagai lagi sudut pandang dan sumbang saran yang begitu menarik..kemudian terdapatnya cadangan untuk membentuk satu ruangan untuk di bukukan yang akan mengandungi pelbagai maklumat menarik seperti cerpen, puzzle dan macam-macam lagi karya berbentuk research serta perkongsian pengetahuan dan ilmu..mengikut dari apa yang disampaikan tadi..ianya akan diberi judul “Digest”..dan setiap muka surat pada halaman digest berkenaan adalah berwarna..

BUkan untuk menghentam sesiapa pun namun..pelbagai bentuk perkongsian Ilmu yang telah aku laksanakan, design sendiri, jadi editor sendiri tidak mendapat 1 persetujuan untuk menerbitkan hasil kerja aku hatta yang tak berwarna sekalipun..aku x pernah mintak untuk dipuji namun aku buat buletin dengan menganggap ianya bukan 1 karya yang boleh dianggap membazir..walhal kesemua isi kandungan karya berkenaan (buletin) secara keseluruhannya berlandaskan  corat-coret, bangun hidupnya Politeknik Muadzam Shah..mungkin ada juga betulnya apa yang telah dikatakan oleh segelintir pendapat..ianya boleh dilaksanakan dengan syarat ianya tidak dibuang sepertimana apa yang telah berlaku ke atas Cakna Ilmu..2 bulan sebelum bulan ini..penerbitan Cakna Ilmu rancak dijalankan..sehingga kini ianya sudah menjangkau usia 25 keluaran..dan kini selepas diteliti semuala..ianya dibekukan..bukan dibekukan untuk percetakan..tapi penggunaan kertas untuk tujuan percetakan dan penerbitan bukan lagi pilihan utama bagi golongan professional PMS..mereka lebih mengutamakan penggunaan slogan “go green” sperti yang telah disampaikan oleh Pengarah PMS sebentar tadi..

Berkait dengan itu, Buletin Info-lib tak sempat untuk dilaksanakan penerbitannya atas beberapa faktor yang tidak memungkinnya untuk menjadi kenyataan..kecewa memanglah kecewa..namun keputusan dibuat berdasarkan peratusan kebarangkalian ianya (buletin) akan diterima tanpa berlakunya pembaziran..dan keputusan itu aku boleh terima atas sebab-sebab alasan yang diberikan sangat sukar untuk disangkal akan kebenarannya..mengambil apa yang dikatakan pengarah: kalau kita buat macam mana pun cantik pamplet atau buletin..tapi kalau dah hati manusia itu kata ianya tidak bermaklumat dan tidak ingin membacanya walhal kandungannya begitu bermakna dan penting sebagai informasi..benda itu xkan berjaya mengubah hati manusia dari membuang, membiarkan pamplet dan karya-karya tersebut ke dalam tong sampah atau di atas meja”  Maka disinilah berlakunya pembaziran..tidak kurang juga yang memberikan pendapat dengan menggunakan email rasmi politeknik sebagai medium penerbitan dan penyiaran karya-karya seperti buletin..namun adakah ianya berhasil?berapa ramai yang akan bukak email setiap hari dan kemudiannya membaca buletin itu?setiap hari kita mendengar rungutan dari penjawat awam yang berkata, “macam mana nak bukak email..nak login pun xboleh (sambil menyalahkan masalah internet yang xpernah selesai)..kalau itulah cadangannya “go green” xkan pernah berjaya..ada juga yang menyatakan pendapat dengan mencadangkan ianya perlu di “publish” kan kat Laman Web rasmi politeknik..aku nak tanya pendapat korang semua lah..adakah laman web http://www.polimuadzam.edu.my/ menarik?dan sejauh mana ianya boleh menarik minat anda untuk membaca makumat didalamnya?mesti anda akan kata oh tidak..oh god..or whatever..

Namun begitu, adakah digest yang akan dilaksanakan penerbitannya tidak akan dipandang serong oleh orang-orang yang telah berkarya selama ini namun ianya tidak diterbitkan?adakah ianya tidak membazir dengan adanya halaman berwarna? Lupakanlah itu semua Azri..ko tu hanya kakitangan pelaksana..bukannya pemutus kata..aku redha..

Berbalik kepada PBKPMS..pelbagai adegan-adegan dan panorama menarik menghiasi majlis pada petang tadi..antaranya adalah..wah sekarang majlis PBKPMS dah ada anugerah tau..anugerah kakitangan cemerlang bulanan gehtoooo..heyyvattt..dan pada bulan ini pemenangnya adalah..Tn. Hj. Abdullah Azraai bin Hasan dan En. Jumari bin Hj. Parjo..tahniah kepada para pemenang..dan yang sangat2 “best”nyerrr hadiah untuk meraikan hari kelahiran kakitangan dah berubah laaa..kalau dulu hadiahnya adalah set cawan yang sangat “chanteQ” itew..kini dah bertukar wajah…LILIN gehtoooo..sangat “chanteQ” sekurang-kurangnya xde la staf yang dah duk kat PMS ni selama 10 tahun dapat hadiah set cawan yang sangan “mahal” tu berulangkali..mintak maaf yerrr PKPMS..saje jewww..tahniah atas perubahan yang anda lakukan..dan semoga makin ramai staf yang akan bayar yuran PKPMS yang sangat “Mahal” itu iaitu sebanyak RM3.00 sebulan..”mahal” sangat kan sampai ada orang yang xmampu bayar tapi mampu beli rokok yang berharga lebih RM10.00 sekotak..

Oklah setakat itu jelah aku nak kongsikan..nanti aku uploadkan gambar k..xsempat lahhh…sorilaa dari awal tadi ayat skema jorhhh..tapi dah penghujung ni kan hagaq keji sikit ayatnyerrr…ok babai sume..enjoyyy!!!!!

Advertisements

5 responses

  1. Yup. Diharap tiada double standard dimana jika staf sokongan aka pelaksana yg menerbitkan sesuatu buletin walhal hanya dalam bentuk hitam putih dan hanya 10 naskhah yg diterbitkan dlm bentuk warna utk para VIP kesayangan, ianya dianggap membazir kertas dan dakwat printer, namun jika staf profesional yang menerbitkannya walaupun penuh berwarna dan begitu banyak mukasurat (spt yg digemburkan, ianya untuk staf2 menghulurkan idea), ianya dianggap penghasilan penuh berinovasi dan diterima ramai. Tapi aku salute kat Tuan Pengarah tadi, sebab lepas persembahan idea penghasilan buletin tu, dia terus ckp psl pembaziran.. Pendekatan nasihat yang sgt bijak.

    April 22, 2011 at 7:18 pm

    • yoursymbian

      Kite ni sapelah kan Zid..hanya mampu merancang tapi orang yang menentukan samaada kita boleh atau x..dan apa yang Pengarah ucapkan tadi dengan penjelasan yang sangat dedikasi..ianya amat memberikan ku sedikit ubat untuk tidak rasa kecewa akan penolakan penerbitan karya aku…

      Kita tgk je nanti adakah “digest” yang sangat berwara itu berjaya atau x?

      April 24, 2011 at 1:02 am

  2. cik leen

    yazid n azri, bese la kita ni kuli2 je. mcm org itu ckp nak laksana kan digest 2 kita tgk jela takat mane plaksanaannye. kalo nak go green. xpayah la buat digest, post je kt website, dan2 pengarah ckp isu go green slpas itu. sabar k staff plaksana. kan ade meeting majlis jabatan kan isnin depan, kemukakan isu ini k

    April 22, 2011 at 7:44 pm

    • Website poli kita menarik ke?ade ke org nak masuk site kite tu…aku rasa kalau buat bancian..dalam 1 hari hanya seorang je yang masuk..iaitu Pengarah PMS..kan..

      April 24, 2011 at 12:42 am

  3. xpe la leen, kami staf pelaksana ni sedar kami di mana, dan kami berpijak di bumi nyata.. Ya, kami terima segala keputusan.. Ya, kami berkecil hati kerana hasil kreativiti dan inovasi kami direncatkan.. Tapi alasan mengelakkan pembaziran itu mmg amat kami hormati kerana kami juga mencintai alam dan membenci pembaziran. Cuma apa yg kami harapkan hanyalah ketiadaan double-standard dari pihak atasan yg kami yakin amat bijaksana..

    April 22, 2011 at 8:35 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s