Make Believe

Maharaja Lawak (Minggu ke-3)

Seperti biasa aku dan mungkin ramai lagi rakyat Malaysia menunggu Hari Jumaat..bukan hanya kerana ianya penghulu segala hari malah hari Jumaat menjadikan hidup kita lebih ceria..semuanya adalah disebabkan fenomena Maharaja Lawak yang kini semakin mendapat tempat dihati rakyat Malaysia..

 

Kalau dulu rancangan seperti Akademi Fantasia, Mentor, One in a Million, Malaysian Idol dan banyak lagi rancangan reality tv yang lain..kini fenomena baru muncul di kaca tv iaitu Maharaja Lawak..selepas kejayaan penganjuran Raja Lawak dari musim pertama sehinggalah musim yang kelima ini..pihak Astro akhirnya mewujudkan sebuah program yang bukan sahaja mengetengahkan bakat-bakat baru malah pelawak-pelawak senior yang dilahirkan melalui program ini juga terlibat dalam Maharaja Lawak..nama pun dah Maharaja Lawak sudah tentu menggabungkan raja-raja lawak yang terdahulu..

Dalam rancangan reality ML ini, ianya disertai oleh 12 buah pasukan merangkumi kumpulan, gabungan dan perseorangan..So, yamng mana dah rindu sangat kat Kumpulan Sepah, Nabil, Jozan, Yus & Tauke (Jambu), Jihan, Amir, Wai, Xn3, R2, Man, Balas dan Alex..anda harus menonton mereka di Astro Warna setiap hari Jumaat..Bermula dengan penayangan ML secara eksklusif di Astro Prima dan Astro Warna pada 1 April yang lalu..Astro mengambil kesempatan dan pendekatan ini dengan hanya menayangkan ML secara langsung di Astro Prima selama 2 minggu dan pada minggu ketiga penonton terpaksa melangan pakej Mustika untuk menonton ML..

Dipendekkan cerita..rancangan yang dihoskan oleh AC Mizal disamping juri-juri seperti Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek secara tidak langsung menyumbang kepada populariti ML..Sedar tak sedar pada 15hb April, ML sudah pun masuk minggu ke-3..seperti biasa reality tv xpernah lari dari kejutan dan gimik..Di awal rancangan, 5 peserta mengambil tempat di atas pentas kerana pada minggu lepas juri telah mengumumkan penyingkiran akan dilakukan pada awal rancangan minggu ke 3..akibatnya, kumpulan Wai dan Xn3 menjadi mangsa penyingkiran..seperti diduga kejutan juga berlaku apabila Amir masih lagi dikekalkan dalam program ini atas sebab-sebab undian untuknya melebihi Xn3..

Secara ringkasnya, persembahan pada malam itu didominasi oleh pelawak2 senior antaranya Alex, Jozan, Nabil, Sepah dan Jambu..tidak kurang hebatnya peserta Man yang mengenengahkan loghat Kelantan dan puisi serta lagu Hanyut (versi Man)..

Bagi yang belum melihat persembahan Maharaja Lawak minggu ke 3 anda masih boleh menonton dan mendownload video-video tersebut di Youtube..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s