Make Believe

Situasi biasa masyarakat berkaitan Insurans

Senario Yang Dihadapi:

SITUASI 1

Untuk insan yang begelar Mak, Ayah, Suami, Isteri, Abang, Kakak dan Adik,

Seorang wanita dikalangan keluarga anda akan terdedah kepada beberapa risiko dalam kehidupan yang mendatang. Andaikan suatu hari, doktor ataupun sesiapa sahaja menyatakan Mak, Isteri, Kakak dan Adik anda menghidap Kanser Payudara, Kanser Serviks ataupun beberapa jenis penyakit yang lain.

Anda akan berdepan dengan:

1. Kos perubatan yang berterusan untuk rawatan

2. Terpaksa berehat dari bekerja dan berniaga – ini menyebabkan pendapatan tidak ada

3. Anak-anak kena hantar ke “Babysitter”

4. Kesanggupan seorang suami untuk menjaga anda ataupun suami kini telah memikirkan untuk kahwin lain*

APA YANG AKAN KITA LAKUKAN?

Adalah malang bagi kita yang tidak mempunyai kesedaran untuk mengambil Polisi Insuran ini. Ianya diwujudkan khas untuk wanita yang secara majoritinya terdedah kepada situasi-situasi seperti ini. Berdasarkan kepada situasi di atas, tanpa kita mohon penyakit seperti itu datang kepada kita yakni Mak, Isteri, Kakak, Adik. Apa yang akan kita lakukan?Tanpa sumber kewangan yang cukup pastinya kita tidak mampu untuk menjelaskan pelbagai kos rawatan yang diperlukan. Betul tak?Kita terpaksa berhenti dari bekerja dan berniaga disaat kita kini bertarung nyawa untuk pulih. Kemudian pendapatan yang kita perolehi setiap bulan hasil dari bekerja kini tidak akan diperolehi lagi. Dengan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan pejagaan sudah tentu suami tidak mampu untuk melakukan semuanya sendirian. Bahkan sumber kewangan amatlah diperlukan. Senario itu bertambah rumit seandainya suami tidak lagi mampu menjaga anda dan sudah tidak sanggup lagi menjaga anda.

SITUASI 2

Pernah x anda berhadapan dengan ejen yang memaksa anda untuk membeli produk mereka? saya percaya anda pernah mengalaminya. Sebelum saya menjadi ejen insurans berlesen, saya juga pernah mengalami situasi seperti ini. Namun begitu, tidak semua ejen bertindak seperti itu. Jika anda jumpa ejen-ejen seperti ini. Anda mempunyai hak untuk memarahi dan menolak mereka.

Situasi di mana anda perlu memiliki insurans: anda mempunyai kenderaan(kereta, motor). Persoalannya adalah:

1. Adakah anda mempunyai Insurans ke atas kereta dan motor anda?untuk apa insurans? untuk melindungi kereta anda daripada kecurian, kerosakkan akibat kemalangan bukan?Sebagai contoh kereta Myvi. Setahun insurans bagi kereta jenis ini lebih kurang RM950.00++..maknanya anda membayar lebih kurang RM80.00 sebulan untuk melayakkan kereta anda mendapat perlindungan insurans..katakan anda tidak mempunyai insurans..dan saya ingin bertanya kepada anda..yang manakah lebih penting pada anda Insurans kereta RM950.00(perlu dibayar juka anda mempunyai kereta) ataupun insurans bagi perubatan, kesihatan, perlindungan keluarga dan diri untuk anda sendiri?

– Kadang-kadang manusia x perasan yang mereka lebih pentingkan kebendaan, modified kereta untuk kepuasan diri..tapi bila diri sendiri jatuh sakit, memerlukan pembedahan, masuk ICU/ hospital dan memerlukan kos yang tinggi anda tidak mampu untuk mendapatkan pertolongan sesiapa pun..maka berlakulah seperti dalam suratkhabar: Si Polan bin Si Polan memerlukan RM20,000 untuk kos rawatan pembedahan jantung berlubang (sebagai contoh)..perlukah kita menjadi seperti ini sedangkan kita ada peluang untuk membeli Perlindungan Insurans?

– Kadang-kadang manusia berfikir xmungkinlah saya akan kena penyakit sekian, sekian..inilah masalah masyarakat sekarang..kenapa perlu fikirkan seperti itu?kenapa anda tidak memikirkan rugi nya beli insurans kereta..mahal pulak tu..kalau x kemalangan burn macam tu je insurans tu..betol tak?inilah masalah kita..Insurans tidak merugikan anda walau 1 sen pun..malah anda akan mendapat pelbagai manfaat bukan sahaja kepada diri anda sendiri tapi keluarga anda. Dan anda akan dapat menyimpan sama seperti sistem di BANK..cuma yang bezanya di bank anda tidak akan mendapat manfaat kesihatan, perlindungan, rawatan ke atas diri anda..melalui insurans anda akan dapat pulangan yang sama seperti di Bank ditambah dengan manfaat-manfaat kesihatan..

SITUASI 3

Sebuah keluarga bahagia yang terdiri daripada Suami, isteri dan anak-anak..Suami sebagai punca mata pencarian..Apabila si suami tidak mengambil insurans meninggal kemudian mata pencarian hilang. Apa yang si isteri dan anak-anak perlu buat?mereka sudah tidak mempunyai mata pencarian lagi..gaji si suami Rm1000.00 sebulan (sbg contoh) tidak lagi dapat dirasai oleh anak-anak dan isteri..hutang-hutamg tidak dapat dibayar, kelangsungan untuk hidup begitu susah, duit untuk makan dan minum serta membesarkan anak-anak dan menyekolahkan mereka juga amat mustahil untuk dilaksanakan.

– Berbeza dengan keluarga yang bahagia memiliki isteri dan anak-anak.. Suami masih menjadi watak utama yg bertindak sebagai punca mata pencarian..Si suami telah membeli insurans untuk dirinya dan mewasiatkan pampasan insurans itu sekiranya dia sudah tidak ada lagi di dunia ini..Selang 3 bulan selepas si suami itu membeli insurans..Si suami meninggal dunia dan meninggalkan keluarga tercinta.. Namun kesannya amat berbeza dengan situasi pertama tadi bukan..dia masih mempunyai harta peninggalan yang didapati dari perlindungan insurans itu tadi bagi membolehkan keluarganya meneruskan kelangsungan hidup mereka..anak-anak tidak terbiar x makan, malah mereka boleh bersekolah seperti biasa..

SITUASI 4

Bila mana terdapat masyarakat bongkak dan sombong lebih-lebih lagi masyarakat yang sederhana pendapatannya berlagak kaya dan berlagak seperti nyawa mereka tidak penting. Situasi ini melibatkan Suami, isteri dan anak. Oklah kita lupakan si isteri dan suami yang berlagak itu..Suatu hari mereka bertiga menaiki kenderaan ke suatu tempat..ditakdirkan mereka bertiga mengalami kemalangan si suami dan si isteri meninggal ditempat kejadian..si anak terselamat dari nahas. Persoalannya: Bagaimana anak itu meneruskan hidupnya tanpa sesen pun pampasan perlindungan akibat kemalangan?

SITUASI 5

Orang bujang yang sudah bekerja dan merupakan satu-satunya punca mata pencarian bagi keluarganya..keluarga merujuk kepada si anak yang masih tinggal bersama dengan ibu, bapa mereka di samping mempunyai adik beradik yang bersekolah. Ketika beliau masih hidup beliaulah merupakan tempat di mana ibu, bapa, adik beradik tempat bergantung hidup. Bagaimana sekiranya anak, abg, kakak mereka meninggal?di manakah lagi tempat mereka bergantung hidup?

Kesimpulannya, ajal tidak mengenal waktu, tempat, masa dan kita tidak tahu bila kita akan mati..bersedialah dengan persediaan yang cukup dan ingatlah apa yang akan anda tinggalkan kepada keluarga anda apabila anda sudah tidak lagi bersama mereka. Anda juga tidak tahu bila anda akan sakit dan tidak boleh bekerja lagi..Di sinilah peranan anda untuk mendapatkan perlindungan insurans untuk keluarga dan diri anda sendiri..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s