Make Believe

Reality TV

Pertama kalinya aku amat meluat dan menyampah ngan beberapa rancangan realiti tv kat Malaysia ni..Segala-galanya amat gempak..dari segi pengiklanan, format rancangan dan beberapa ciri lain menyebabkan rancangan realiti tv ini begitu hebat diperkatakan..manusia kat Malaysia jadi macam orang gila dan diserang penyakit tatkala rancangan ini bakal dikeudarakan..ketika artikel ini ditulis rancangan ini telah pun masuk ke minggu ke-2..

Aku bertekad xnak tengok dan sokong rancangan ni kerana aku tahu akan kesudahannya..namun atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa dan tanpa rela tgok juga rancangan ni..akibatnya, ape yang aku sangkakan sumenyer betolll..Dari apa yang aku tuliskan ini..anda pasti tahu rancangan realiti mana yang aku maksudkan..kan?kadang-kadang kebanyakan peserta yang terlibat dalam rancangan ini hanya boleh “jual muka” jelaaa..bakat???amat jauh bezanya dengan sebuah rancangan TV yang lain..Hari ni 9 April 2011..pada ketika ini aku sedang menonton rancangan ni..Akademi Fantasia 9..dan itulah rancangan yang aku maksudkan..aku xfaham kenapa seramai-ramai juri yang ada masa audition boleh pilih peserta macam ni..bukan semua yang nyanyi teruk tapi kebanyakannya teruk…harap muka jeww..aku takdelah pandai nyanyi sangat..tapi aku leh tau mana yang pandai nyanyi dan mane yang x..dan aku juga pandai menilai suara mana yang leh pegi ke x..skg, penonton dah makin bijak..so “kemon” laaa..be wisely, matangkan diri anda wahhai Akademi Fantasia..mintak maaf lah kata macam ni..ni lah luahan hati penonton yang tiap bulan membayar bil ASTRO yang semakin mahal..tapi xde peningkatan..1 lagi, tolonglah tukar pengkritik tu..menyampah sangat..yang kecik dibesar2kan..yag besar pla suruk dikecik2kan.maksud aku bila psembahan yang xbape grand..suh wat grand ckit..bila dah grand suh wat kurang ckit..kejilaaaa..tah pape laaa..

Ok kita lupakan soal negatif..kita pegi pula yg positif..Mentor, Raja Lawak dan Maharaja Lawak..ketiga-tiga rancangan ini amat jauh bezanya dengan Akademi Fantasia..xgempak pownnn..tapi hasilnya gempak sangatttt…Mentor?Walaupun xsemua peserta power..tapi ada sorang tu nama dia Salma..xperlu pun ada kelas vokal atau kelas imej dan kelas drama utk membentuk persembahan yang mantap..persembahan dia semulajadi mantap..xmacam Akademi Fantasia..sumenyer memerlukan kelas-kelas tu..tapi xde pun kegempakkannya..

Raja Lawak?terus terang salah satu sebab aku masih melanggan ASTRO adalah wujudnya program seperti ini..dari juri, pengacara dan peserta semuanya gempak, best dan sporting sangat!!!..sesiapa yang tgok Raja Lawak pasti setuju ngan ape yang aku cakapkan ni..kan?Maharaja Lawak?susulan daripada rancangan Raja Lawak..cuma yang bezanya sume peserta ML adalah juara antara juara dari musim pertama sehingga kini..dan sudah tentu rancangan ini lebih baik dari Raja Lawak..pastinya anda akan sukakan ML ini sekiranya anda mula menonton rancangan ini..syabas ASTRO sbb wujudkan rancangan yang agak berkualiti ini..anda mengambil keputusan yang tepat kerana ini merupakan AF yang terakhir..

Menyampuk jap..(sebab masa aku menulis artikel ini AF xhabis lagi)..Secara keseluruhannya, Nasib baik ada sape yang nyanyi lagu Cinta Kristal tu..penyanyi itu bukanlah penyelamat bagi keseluruhan AF malam ni tapi lagu itu dan Pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah (Delimawati) telah berjaya menyelamatkan konsert dan mood malam ni..dan sudah tentu Zizan dan Dina juga telah berjaya menyelamatkan mood konsert pada malam ni..Tahniah! Teruskan usaha anda wahai MENTOR..Sudah-sudahlah AKADEMI FANTASIA tu..RAJA LAWAK dan MAHARAJA LAWAK, anda penyeri hidup rakyat Malaysia..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s