Make Believe

Majlis Konvokesyen Politeknik Muadzam Shah Kali Ke-6 (Versi 2)

Tanggal 23hb Mac 2001 merupakan tarikh bersejarah bagi Politeknik Muadzam Shah yang meraikan graduan-graduan politeknik dalam sebuah Majlis Konvokesyen Politeknik Muadzam Shah kali ke-6. Aku merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Induk yang bertugas pada masa itu. Pertamanya sebelum aku mengulas dengan lebih panjang mengenai MKPMS Versi 2 ini. Aku ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada semua graduan-graduan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.. semoga mereka akan lebih berjaya di luar sana..

Pada tahun ini, aku ditugaskan untuk mengetuai AJK Persembahan di samping En Yazid sebagai PA aku..Alhamdulillah selepas 4 tahun aku kembali menjadi pengacara majlis konvokesyen setelah sekian lama “dilucutkan” jawatan..terima kasih Jawatankuasa Konvokesyen PMS kerana memberi aku peluang yang telah lama ku nantikan..kejinyerr ayat skema ni…

Bermula dengan perarakan masuk ke dewan kemudiannya disusuli Perarakan Istiadat Konvokesyen majlis berjalan dengan penuh istiadat dan formalnya..aku menanti dengan penuh sabar untuk aku melunaskan “kerinduan” aku kepada aturcara tadbir yang bakal aku ungkapkan bait katanya satu persatu..Sesudah Istiadat selesai maka Nyanyian lagu-lagu patriotik mengambil tempat..Sesudah itu, majlis kemudiannya menjemput Ustaz Mohd. Taha bin Rulam Ahmad bagi memimpin bacaan doa agar majlis berjalan dan diredhai Allah s.w.t..

Dipendekkan cerita, kini tiba waktu untuk ku melawan segala kegemuruhan yang telah lama aku x rasakan..tapi kan..ape yang aku ungkapkan itu xlah mencabar sangat..baca nama je pownnn..walaubagaimanapun kadang-kadang dek kerana kegopohan biasanya kita juga akan “tershashull”..kernnnn?namun semuanya berjalan dengan lancar..tiba pula Pn. Azalila binti Shahdan mengambil tempat..volleh tahannn..hehehe..selesai para graduan menerima sijil kini tiba pula 1 lagi acara yang membangkitkan semangat bercampur gemuruh dan ketidakstabilan hormon dalam badan..namun aku buat macam aku ni dah professional..biasanya orang yang xbiasa dengan sesuatu perkara khususnya berhadapan dengan penonton..orang itu pasti akan ke tandas beberapa kali bagi menghilangkan kegugupannya..aku?gugup, gemuruh namun aku cuba atasinya dengan mengawal emosi dan pengalaman yang ada..Akhirnya turn aku nak buat persembahan dah tiba..Thanks tu “someone” (yg berlagak cam artis tu) sbb dah buatkan sesuatu yang amat aku perlukan dalam Majlis se “Grand” ini..Memulakan persembahan dengan nyanyian Menghilir di Sungai Pahang ku laksanakan dengan penuh teratur dan tertib..majlis formal lah katakan..segala alunan dan sukukata aku alunkan denga penuh cermat dan sesuai dengan lenggoknya..time aku nyanyi tu aku sempat mengerling ke arah penonton..kekadang aku jadi down bilamana penonton x tgok aku menyanyi..tapi penonton buat hal lain..namun tanggapan itu berjaya ku hapuskan..penonton begitu khusyuk mendengar setiap bait-bait lagu yang ku nyanyikan..Lagu kedua adalah Makwe Koi..sekali lagu aku mengerling ke arah penonton yang hadir..wahhh sambutan menggalakkan..siap ada ibu bapa yang nari-nari lagi cumanya x berdiri dan menari..”duduk sambil menari” ehhhh ade ke istilah tu?..ah lantaklah…

Habis je majlis ibu bapa yang sempat bertemu dengan aku mengucapkan tahniah atas persembahan yang begitu menghiburkan..ketenyerrrrr..Aku pown ngan merendah diri..mengucapkan terima kasih atas pujian itu..merendah diri kewww???

 

Advertisements

5 responses

  1. xde pic aku pun.. xpe la, aku pun bkn penting sgt dlm konvo kali ni. (ayat hanjeng)..

    April 6, 2011 at 5:45 pm

    • yoursymbian

      Heyyyy aku pown xde dalam gambarlaaaaaa…kejilaaa sesape yang xamik gambar..ptama kali dalam sejarah gambar aku xde di majlis yang grand ni..

      April 8, 2011 at 9:53 am

  2. Pingback: >Politeknik Muadzam Shah – Konvokesyen Kali Ke-6 | the dream yard

  3. manjer

    eh… adela pic haku di situ wif bebudak pengiring VVIP..:-)

    April 6, 2011 at 9:29 pm

    • yoursymbian

      itulaaaaa..untung gambar akak ada..ktorang langsung xde..

      April 8, 2011 at 9:52 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s