Make Believe

Majlis Konvokesyen Politeknik Muadzam Shah Kali Ke-6

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Hi, kepada semua pembaca Yoursymbian..Alhamdulillah pada 23hb Mac 2011 yang baru lalu, Politeknik Muadzam Shah telah Berjaya menganjurkan Majlis Konvokesyen PMS kali yang Ke-6.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa Induk Konvokesyen kerana telah bekerjasama sedaya yang mungkin untuk sama-sama menjayakan Majlis yang penuh bersejarah ini. Untuk pengetahuan para pembaca, saya merupakan salah seorang ahli jawatankuasa merangkap Ketua AJK Persembahan bersama dengan En. Yazid bin Yahya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Yaya kerana membantu saya dalam merencanakan program yang bakal dan telah dilaksanakan pada majlis itu.

Pada majlis yang berlangsung itu juga, saya dilantik menjadi Pengacara Majlis bersama dengan En. Mohd. Zainal bin Mat Il, Pn. Norzalina binti Nor Hasin dan Pn. Azalila binti Shahdan.

Setelah itu saya sekali lagi dijemput untuk menjayakan majlis dengan persembahan nyanyian sebagai selingan. Untuk itu, saya telah menyanyikan 2 buah lagu rakyat Negeri Pahang iaitu lagu Mak We Koi dan Menghilir di Sungai Pahang. Atas sebab-sebab tertentu saya memohon maaf kepada semua yang hadir sekiranya terdapat sebutan yang salah ketika nyanyian itu. Al-maklumlah orang sabah nyanyi lagu loghat Negeri Pahang..berbelit-belit lidah gehtoooo..

Berikut merupakan lirik dan link untuk mendownload lagu Menghilir di Sungai Pahang dan Makwe Koi:

 

MENGHILIR DI SUNGAI PAHANG

Menghilir di Sungai Pahang
Singgah bermalam di Pasir Tambang (2x)
Tempat sejarah pahlawan terbilang
Mara Tok Gajah ke medan perang(2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Sampailah pula di Pulau Tawar (2x)
Tempat lahirnya Pahlawan Mat Kilau
Makam Di Raja abadi di sana (2x)

Mari menghilir di Sungai Pahang

Menghilir di Sungai Pahang
Janganlah lupa Kuala Semantan (2x)
Lubuk Terua dalam ingatan
Bersimpang-siur tombak pahlawan (2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Kampunglah Chenor melambai mesra (2x)
Lagenda pahlawan Bukit Segumpal
Tersemai baktinya di Inderapura (2x)

Mari menghilir di Sungai Pahang

Menghilir di Sungai Pahang
Kirilah kanan cantik menawan (2x)
Sampai ke Chini tasik misteri
Penuh riwayat cerita rakyat (2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Singgah di Pekan Bandar Di Raja (2x)
Janganlah lupa Pulau Tioman
Negeri Pahang penuh perjuangan (2x)

 

MAKWE KOI

Alkesoh bermule cerite
Seingat kawan perentan derjoh lime
Ati koi berkenan dekat anok dare
Weh anok tok lebei namenye Nine

MakWe Koi…

Pukul satu abih sekoloh
Tok lengoh-lengoh teruh balik rumoh
Deraih pegi mandi lepaih ter kene ngaji
Sura nempuh rumohnye buoh ati

MakWe Koi…

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine
Nine Nine nii MakWe koi….

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine
Nine Nine nii MakWe koi….

Suke sangat kome beloh petang
main konda kondi ande yang main tayang
keknye kawan ngecoh main pondok-pondok
Nine jadi emok koi jadi bapok

MakWe Koi…

Jenuh berturut baru nok balik
Buat tok cakne sebak tengoh ralit
Berderui ke sungei terjun ramei-ramei
Nine pulok cuok, mandi bercedok

MakWe Koi…

Memang banyok kenangan manih
Cerite hel kampong tak mboh abih
Berkubang dalam paye, kenduri-kendare
Kone je koi pegi Nine sokmo ande

MakWe Koi…

Ndok tak ndok berpisoh juge
Koi cari ilmu nun di bando sane
Kalo lulus tinggi, masuk universiti
Cerelang mase depan Nine suke ati

MakWe Koi…

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine
Nine Nine nii MakWe koi….

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine
Nine Nine nii MakWe koi….

Nine di kampong blajo bagei gaye
Termasuk memasok, menjait, mereke
Bekal mase depan kala jodoh ande
Mintok-mintoknye dan koi pinang Nine

MakWe Koi…

Sengkat ini dulu cerite
Seingat kawan perentan derjoh lime
Ati koi berkenan dekat anok dare
Kek anok tok lebei namenye Nine

MakWe Koi…

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine
Nine Nine nii MakWe koi….

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine
Nine Nine nii MakWe koi….

*Untuk perhatian pembaca minus one yang direka khas ini telah di edit dari yang asli. Oleh itu ianya tidak sama dengan muzik sebenar

*Link download lagu karaoke kedua-dua lagu akan di muatnaik kemudian

 

 

2 responses

  1. Nasib baik ada si Sabah ni, ada juga blog. Harap ke Website PMS nampaknye macam tak berfungsi. maaflah sye komen ni untuk pengurusan juga.. Usahakanlah sikit. ini pun saya jumpa ketika saya buka web. Poli kat Kedah terkeluar muazam shah.

    March 30, 2011 at 11:49 am

  2. yoursymbian

    Alhamdulillah ada jugak yang komen..terima kasih atas pandangan saudara/saudari..Sebenarnya masalah lawam web Politeknik Muadzam Shah sudah lama dan hal ini telah dipanjangkan ke pihak atasan..dan penambahbaikan itu akan berlaku sedikit demi sedikit..dan pada Mesyuarat Permuafakatan baru-baru ini hal ini juga telah dibincangkan namun tidak ada jalan penyelesaiannya..namun begitu kami sentiasa “berdoa” dan “berharap” agar ianya (laman web PMS) akan menjadi satu laman web yang berpengetahuan suatu masa nanti.

    Adakah anda merupakan bekas pelajar PMS?i guess so. Thanks in advanced..

    March 30, 2011 at 12:29 pm

Leave a comment