Make Believe

Ilmu

Orang yang berilmu boleh terpedaya dengan ilmunya. Berhubung dengan ini, Imam Ghazali berkata, “antara golongan yang terpedaya ialah ahli fikah yang menguasai ilmu ketaatan tetapi tidak mengamalkannya. ”

Sebahagian daripada mereka menguasai ilmu sehingga mereka mengenali perkara yang maksiat, tetapi mereka tidak menjauhinya. Sebahagian yang lain mengetahui tentang kepentingan akhlak tetapi tidak menghiaskan diri dengannya. Inilah (ulama) yang tertipu….

Iman Tabrani dan Baihaqi meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, “manusia yang mendapat azab yang paling keras di hari kiamat ialah orang alim yang tidak mendapat manafaat dari ilmunya”..

Seterusnya Imam ghazali berkata, “walau bagaimanapun sebahagian ahli ilmu mengamalkan apa yang mereka ketahui namun tujuan mereka bukanlah untuk mencari keredhaan Allah sebaliknya untuk mencari pengaruh serta nama. Sebahagian yang lain berasa ujub atau kagum dengan kelebihan yang ada pada diri mereka”.

Mereka asyik menghiaskan diri di sudut zahir sehingga mengabaikan perkara yang lebih penting iaitu kebersihan batin serta hati.

Ketika itu mereka melupakan musuh mereka yang utama iaitu Syaitan. Lantas mereka berpakaian dengan mengunakan kain-kain halus diselimuti mutiara, perhiasan serta sutera yang diharamkan, dan bermusafir dengan mengunakan kuda serta kenderaan yang mengagumkan.

Mereka mendakwa kesemua ini dilakukan bertujuan untuk memuliakan agama. Meeka masuk ke tempat para penguasa yang zalim untuk memuji serta mendapatkan kasih sayang mereka.

Mereka ini sebenarnya adalah dajal agama dan bukannya imam agama kerana imam agama yang sebenarnya mengutamakan kepentingan akhirat dan tidak terpedaya dengan kelazatan dunia.

Sebaliknya golongan dajal ini berpaling dari kehendak Allah dan menghadapkan dirinya kepada keenakan dan kenikmatan dunia…

(Kesemua (dipetik) disebutkan di dalam kitab
Ihya Ulumuddin.)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s