Make Believe

Etika Memberi Salam

Makruh memberi salam dengan ucapan “Alaikumusalam”.

Rasulullah saw bersabda apabila Jabir ra memberi salam dengan lafaz tersebut, “jangan kamu mengatakan ‘alaikas salam”.

Dalam riwayat Abu Daud disebut..
“salam itu adalah salam untuk orang yang telah mati”

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai, di dalam hadis Anas tersebut bahawa “Nabi saw apabila baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali”

(Riwayat Al-Bukhari)

Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:

1- orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.

2- Orang yang berdiri/ berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.

3- Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.

4- Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.

5- disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.

6- Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke suatu majlis dan ketika keluar dari majlis.

7- Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.

8- Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.

9-Disunatkan memberi salam kepada anak anak/suami/istri/.sahabat

10- Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama muslim, sama ada yang dikenali atau tidak.

11- Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.

12- Jangan memberi salam dengan isyarat kecuali andai ada keuzuran seperti sedang solat, bisu atau jarak yang agak jauh.

13- Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.

14- Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa bersalam…

(sumber: Adab Al-Muslim fi Al-Yaum Wa Al- Lailah)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s